bellicose Publish time 1-5-2015 02:45 AM

Format UPSR (KSSR) Bahasa Melayu

Bentuk dan Format UPSR 2016 Bahasa Melayu. Perkongsian Kertas Soalan UPSR 2016 (KSSR) merujuk Ujian Rintis Penulisan UPSR 2016 oleh Guru Sumber BahasaMelayu dan Pemeriksa Kertas UjianRintis UPSR (KSSR) 2016. Sebagai persedian dan anggaran awal dan belum disahkan sebagai Format Rasmi UPSR oleh Lembaga Peperiksaan.

http://2.bp.blogspot.com/-N_vATm6iHfA/VT80NRl0eTI/AAAAAAAAByU/wnG7ufu9-ws/s1600/UPSR2016.jpg

Perkongsian dapatan yang diperolehi,Bentuk dan Format Soalan KSSR (UPSR Baharu) bagi Kertas Bahasa Malaysia adalah sepertiberikut

Format dan Bentuk Soalan KSSR Bahasa Malaysia UPSR
[*]4 Bahagian Wajib Dijawab oleh Calon Peperiksaan.
[*]Tiada Soalan Pilihan.
[*]Setiap soalan mempunyai pecahan aras.
[*]Soalan berbentuk struktur dan berbentuk penulisan yang merujuk Bahan Grafik.

UPSR 2016 Format Baru. Soalan adalah Pelbagai Aras menjurus ke arah penyoalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Ramalan awal dan Contoh Soalan UPSR 2016 (KSSR) Bahasa Melayu yang digambarkan adalah sepertiberikut

SoalanBahagian ADiberikan Bahan Grafik dan Arahan Soalan Pelbagai Aras

http://4.bp.blogspot.com/-YK2p5W2jFTo/VT8lOWvxhwI/AAAAAAAABx8/Sq0LGsGno0Y/s1600/Motosikal%2Bdan%2BLampu%2BIsyarat.png



[*]Senaraikan susunan warna lampu isyarat dengan betul.
[*]Sekiranya seseorang penunggang motosikal meneruskan perjalanan ketika lampu merah apa yang akan berlaku?

SoalanBahagian BBentuk Situasi dan menjurus ke arah Nilai Murni.
Seseorang lelaki tiba-tiba sahaja meluru masuk ke dalam rumah.Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh beliau sebelum masuk ke dalamrumah? (10 markah)

Soalan Bahagian CDiberikan Bahan Grafik dan Arahan Soalan

http://4.bp.blogspot.com/-3KZNn3AnUsc/VT8lTuexwuI/AAAAAAAAByI/Lh5jhuqaWlk/s1600/sungai%2Btercemar.jpg

Tuliskan sebuah karangan bagaimana hendak memelihara dan memulihara sungai daripada tercemar.

Soalan Bahagian DDiberikan Bahan Grafik dan Arahan Soalan Struktur atau Rumusan (Fokus Umum dan Pemilihan jawapan yang sesuai untuk menjawab soalan).

Format Baru UPSR Bahasa Melayu KSSRSekiranya Format Soalan KBSR Bahasa Melayu UPSR sebelum ini statik yang manamempunyai

[*]Bahagian A (Bina Ayat)
[*]Bahagian B (Karangan)
[*]Bahagian C(Membina Ulasan-Nilai Murni)
Bentuk Soalan KSSR bagi UPSR 2016, format atau bentuksoalannya lebih dinamik dan memiliki kepelbagaian aras. Perbezaan dan Perubahan yang berlaku memerlukan pendedahan berperingkat kepada calan-calon yang bakal menduduki UPSR 2016 Format Baru yang akan datang.

Ramalan Kertas UPSR 2016 Format Baru ini masih tertakluk pada sebarang perubahan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkongsian ini merujuk sumber dari warga pendidik yang mengikuti kursus dan taklimat awal mengenai UPSR dalam KSSR mengikut negeri masing-masing.

Senarai Pautan UPSR lain

[*]Jadual Peperiksaan UPSR 2015 Lembaga Peperiksaan
[*]Senarai DSKP Tahun 6 Semua Mata Pelajaran
[*]Pelaporan PBS Tahun 6 (OFFLINE) Lembaga Peperiksaan

Contoh Bentuk Soalan KSSR untuk UPSRContOh dan Ramalan UPSR 2016 ini sekadar pencerahan untuk gambaran bentuk soalanBahasa Malaysia UPSR 2016. Maka format ini bukan bentuk Rasmi yang ditetapkan, malah Lembaga Peperiksaan Malaysia masih tidakmemuktamatkan bentuk rasmi dan masih dalam proses penambah baikan.

Menurut Sumber Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengeluarkan bukuContoh Bentuk Soalan KSSR untuk UPSR lebih awal. Bookmark halaman ini dan ikuti perkembangan UPSR Baharu dan Contoh Soalan UPSR 2016 (KSSR) yang terkini. Format UPSR (KSSR) Bahasa Melayu.


chesal Publish time 4-5-2015 12:24 AM

Tq for info

Natsu_Dragneel Publish time 4-5-2015 09:26 PM

format ni belum disahkan lagi? wah tapi kalau diluluskan memang lain gila ar dengan zaman aku amek upsr dulu walawei

harap2 soalan upsr mcm ni pun tak bocor la mcm itu hari bha
Pages: [1]
View full version: Format UPSR (KSSR) Bahasa Melayu


ADVERTISEMENT