Nusantara77 Publish time 28-4-2015 10:37 AM

Galeri : Toyota Rush 2015 kekal dengan konsep sporty

http://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Rush_Ext_02-650x433.jpg

Pada 24 April lalu, UMW Toyota telah mengumumkan kemasukan model Rush 2015telah pun berada di pasaran tempatan.Walau pun hanya mengalami perubahan kosmetik yang tidak begitu ketara, namun demi mengekalkan imej sporty, Rush 2015 telah ditampilkan dengan beberapa elemen yang direka semula, termasukla bampar hadapan, gril radiator dan bonet.Bagi menampakkan sedikit kelainan pada penampilannya, kekemasan jaluran krom di antara lampu utama dan gril radiator telah diadaptasi.http://i2.wp.com/www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Rush_Ext_13.jpg?resize=306%2C204

http://i2.wp.com/www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Rush_Ext_17.jpg?resize=306%2C204



Tampil dengan dua varian iaitu 1.5S dan 1.5G (auto/manual), sedikit kelainan antara keduanya iaitu kedudukan lampu LED pada bahagian lampu utama. Bagi varian 1.5S, ia juga ditampilkan dengan lampu kabus.Bagi bahagian belakang, ia masih kekal sama seperti mana model terdahulu, cuma bampar bagi Rush 2015 ini telah direka semula serta diserlahkan dengan lampu kombinasi LED.Selain itu, ia turut dipadankan dengan rim aloi bersaiz 16-inci dengan rekaan dua-tona yang dibaluti tayar 235/60 atau 215/65 bagi memberikan cengkaman dan kestabilan yang lebih baik.http://i0.wp.com/www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Rush_Int_19.jpg?resize=410%2C273

http://i1.wp.com/www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Rush_Int_34.jpg?resize=202%2C134
http://i0.wp.com/www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Rush_Int_30.jpg?resize=202%2C135



Tidak lengkap dengan itu, bahagian kabinnya juga tidak dilupakan. Warna kelabu gelap menjadi tema utama, melatari segenap ruang. Namun tempat duduknya telah disertakan dengan jahitan merah, mencetuskan lagi ambien penuh sporty di dalam kabin. Bukan itu sahaja, tema merah-putih juga dijadikan pilihan bagi panel meter.Tiada perubahan daripada sudut mekanikal, di mana ia dijanakan oleh enjin 1.5 liter 4-silinder 16-injap DOHC VVT-i. yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 109 PS pada 6,000 rpm dan puncak tork 141 Nm pada 4,400 rpm.Varian 1.5 S ditawarkan dengan transmisi manual lima-kelajuan atau automatik empat-kelajuan. Manakala 1.5G hanya transmisi automatik empat-kelajuan.Bagi aspek keselamatan, kesemua varian dilengkapi dengan dua beg udara, ISOFIX, ABS dan EBD.Terdapat lima pilihan warna iaitu Champagne Metallic, White, Black Metallic, Silver Mica Metallic dan warna baharu Grey Metallic, harga atas jalan (termasuk GST & insurans) bagi Semenanjung Malaysia yang ditawarkan ialah RM103,300 bagi Rush 1.5S Automatik, Rush 1.5G Automatik pula RM 100,300 dan Rush 1.5G Manual berharga RM98,000.Pembelian Rush 2015 ini turut didatangkan dengan waranti 36 bulan atau 100,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).kredit:www.infokereta.com

cmf_kunyit Publish time 29-4-2015 10:29 AM

tak banyak beza sgt, baik consider honda HRV..?
Pages: [1]
View full version: Galeri : Toyota Rush 2015 kekal dengan konsep sporty


ADVERTISEMENT