Nusantara77 Publish time 28-4-2015 10:31 AM

Chevrolet Cruze Sport Edition turut diperkenalkan

http://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Chevrolet_Cruze_Sport_Edition_Malaysia_-002-650x381.jpg

Selain Colorado Sport Edition, Chevrolet menerusi Naza Quest turut memperkenalkan Chevrolet Cruze Sport Edition di NAZA Auto-Mania 2015 yang berlangsung di Petaling Jaya hujung minggu lalu.Dijual pada harha atas jalan RM122,868.17 berserta insurans, Chevrolet Cruze Sport Edition telah ditampil dengan kit badan sepenuhnya termasuk lampu utama dan lampu belakang dengan rekaan yang unik, rim bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar Goodyear Eagle F1 Directional 5 serta jaluran berkembar pada bahagian atas hudnya.http://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Chevrolet_Cruze_Sport_Edition_Malaysia_-003-650x371.jpgDalam senarai spesifikasiknya, ia turut diberikan pilihan Performance Pack danPerformance Progressive Coil Springs.Menjengah bahagian kabinnya, model Cruze Sport Edition ini turut dilengkapi dengan kulit upholstery berwarna hitam dengan kekemasan merah, pemijak pintu tepi iluminasi dan unit kepala AVN baharu bersama kamera undur.http://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Chevrolet_Cruze_Sport_Edition_Malaysia_-013-650x443.jpgSeperti mana model facelift yang diperkenalkan pada tahun 2012, Cruze Sport Edition ini turut dijanakan oleh enjin 1.8 liter Ecotec dengan kuasa 140 hp dan tork 176 Nm. Ia juga dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan yang menyalurkan kuasa pada roda belakang.Naza Quest telah menganjakkan lagi waranti bagi pembelian Cruze Sport Edition ini iaitu selama lima tahun atau 200,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu), berbanding tiga tahun/100,000 km bagi model terdahulu.kredit:www.infokereta.com

billionman78 Publish time 12-5-2015 09:15 AM

macam baekk je cruze ni
Pages: [1]
View full version: Chevrolet Cruze Sport Edition turut diperkenalkan


ADVERTISEMENT