Nusantara77 Publish time 24-4-2015 08:54 AM

SURCOUF : KAPAL SELAM ANEH PERANG DUNIA KEDUA

Kapal selam digunakan sekarang bagi mengawal perairan negara secara tersembunyi. Ianya juga digunakan untuk tujuan risikan ketika Perang Dingin. Tugas utama kapal selam dicipta ialah menenggelamkan kapal musuh menggunakan torpedo. Ketika Perang Dunia Kedua, kapal selam U-Boat Nazi Jerman hampir menyebabkan Britain kelaparan kerana kapal kargo dari USA yang membawa bekalan ditenggelamkan oleh kapal selam Kriegsmarine.

Ketika Perang Dunia Kedua ada sebuah kapal selam aneh milik Tentera Laut Perancis. Surcouf aneh dan unik kerana mempunyai dua meriam berkembar 8 inci di dalam rudal berputar seperti kapal laut permukaan biasa. Ianya dikategorikan sebagaiUnderwater Cruiser kerana sistem persenjataannya yang aneh. Kapal selam Jerman hanya dilengkapi meriam 105 mm. Sebuah meriam Surcouf mempunyai peluru selebar 203 mm!

Apabila mula beroperasi pada tahun 1934, Surcouf ialah kapal selam yang terbesar di dunia dengan panjang 110 meter dan 9 meter lebar. Ia mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan sebuah kapal peninjau di bahagian dek belakang. Surcouf hanya dikalahkan dari segi saiz pada tahun 1944 oleh kapal selam kelas SentokuEmpayar Jepun yang berfungsi sebagai kapal selam pengangkut kapal terbang.

Sungguhpun kelihatan bad ass ,Surcouf musnah dengan cara yang sangat sadis. Ia dipercayai dilanggar kapal kargo milik Amerika Syarikat secara tidak sengaja berhampiran Panama. Lokasi bangkai kapal selam gergasi dan unik ini masih tidak dijumpai sehingga sekarang.


https://lh3.googleusercontent.com/-aSxpmya0AWU/VTHi2K1-PLI/AAAAAAAAjJg/CfSQ4vQ1wHU/s0/18-FEB-Surcouf_01.jpg

https://lh3.googleusercontent.com/-Czl06Rcrs7g/VTHi25aLvnI/AAAAAAAAjJo/cw0SxT-wqgM/s0/18-FEB-Surcouf_02.jpg
https://lh3.googleusercontent.com/-0JwHMAFYE6g/VTHi3TkRqSI/AAAAAAAAjJw/NEEj4UqQONU/s0/18-FEB-Surcouf_03.jpg
https://lh3.googleusercontent.com/-3jLPO6ZOnsw/VTHi4HMNbdI/AAAAAAAAjJ4/--Wt0qGa7Ww/s0/18-FEB-Surcouf_04.jpg

kredit:www.blogserius.blogspot.com

JohnPuteh Publish time 25-4-2015 10:39 PM

buruk kot..tp kira hebat teknologi zaman tu

amersudahbesar Publish time 28-4-2015 07:56 AM

bagus teknologi dia.. :funk:
Pages: [1]
View full version: SURCOUF : KAPAL SELAM ANEH PERANG DUNIA KEDUA


ADVERTISEMENT