Nusantara77 Publish time 23-4-2015 09:59 AM

Qiantu K50 Event! – Supercar elektrik pertama China diperkenalkan

http://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Qiantu-K50-1-650x424.jpg

Sumber dari CarNewsChina melaporkan, supercar elektrik pertama China telah pun diperkenalkan di Auto Shanghai 2015 yang sedang rancak berlangsung.Qiantu K50 Event! ini layak digunakan sama ada di litar lumba mahu pun jalan awam dicipta berdasarkan model konsep CH Auto Event yang pernah didedahkan pada April tahun lalu dalam pertunjukan automotif yang sama. Produksi bagi model ini telah pun disahkan oleh syarikat Qiantu Qiche.http://i0.wp.com/www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Qiantu-K50-3.jpg?resize=312%2C210

http://i0.wp.com/www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Qiantu-K50-2.jpg?resize=300%2C210



Kuasanya dijanakan oleh motor elektrik dengan menghasilkan 400 PS dan N50 Nm serta ia disalurkan pada roda belakang. Didakwa mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya lima saat, bateri yang digunakan oleh supercar ini mampu bergerak sejauh 200 km (dengan kuasa cas penuh).Tentang rakaannya, bagi versi perlumbaan, ia bakal ditampilkan dengan kit badan aerodinamik sepenuhnya termasuk bahagian hadapan dan belakang yang lebih agresif,skirt sisi dan corong udara pada bahagian dapra belakang.Manakala bagi versi standard, penggayaannya tidak seagresif perlumbaan, walau bagaimana pun tetap kelihatan garang dan mantap. Bahagian dalamnya turut dilengkapi dengan papan pemuka, konsol tengah dan panel pintu yang dibaluti material kulit sepenuhnya. Ia juga ditampilkan dengan skrin sesentuh dengan fungsi sistem hiburan.sumber:www.infokereta.com

Pages: [1]
View full version: Qiantu K50 Event! – Supercar elektrik pertama China diperkenalkan


ADVERTISEMENT