Nusantara77 Publish time 23-4-2015 09:58 AM

Haval H6 Coupe membuat tayangan perdana di Auto Shanghai 2015

http://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Haval_6_coupe_1.jpg

Satu lagi model yang turut membuat tayangan perdana di Auto Shanghai 2015 ialah Haval H6, kenderaan SUV coupe pertama dari pengeluar kenderaan terkemuka China, GWM.Haval H6 Coupe ini menggabungkan imej sport, teknologi keselamatan terkini dan penjana kuasa terbaik. Ia memiliki ukuran 4,549mm panjang, 1,835mm lebar dan 1,700mm tinggi, manakala jarak rodanya pula 2,720mm, cukup ideal sebagai sebuah SUV.Bahagian hadapannya dilengkapi dengan gril haksagon dan lampu utama HID yang lebar dengan padanan lampu nyalaan siang LED.http://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Haval_6_coupe_3.jpgBahagian sisinya pula dibentangi garisan yang cukup berkarakter. Garisan bumbung yang nampak landai memberikan gambaran yang lebih mantap, sesuai dengan sifatcoupe SUV ini.Manakala bahagian belakangnya lebih minimalis termasuk penampilan lampu belakang yang sedikit persegi dan bampar yang lebih ringkas.http://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Haval_6_coupe_2.jpgBagi bahagian kabinnya, kedua-dua tempat duduk pemandu dan penumpang hadapannya boleh dilaras secara automatik. Ia juga dilengkapi dengan bumbung panoramik dan juga skrin sesentuh TFT bersaiz lapan-inci yang turut berfungsi sebagai sistem hiburan. Sistem pencahayaan dalamannya juga boleh dilaraskan mengikut keadaan.Di bawah hudnya, H6 Coupe ini dijanakan oleh enjin 2.0 liter pengecas turbo VVT yang boleh menghasilkan kuasa 197 PS dan tork 315 Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi klac-berkembar enam-kelajuan atau manual enam-kelajuan. Varian manual turut boleh didapati dengan pilihan mod pacuan semua-roda atau dua-roda.Bagi aspek keselamatannya, SUV lima tempat duduk ini dilengkapi dengan beg udara di sekelilingnya, roda stereng boleh laras dan collision fuel cut-off. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Bantuan Mula Mendaki, Bantuan Menuruni Bukit, Kawalan Kestabilan dan Bantuan Brek sebagai elemen standard. Sebagai tambahan, kerangka SUV ini telah menerima penarafan lima bintang dari C-NCAP.sumber:www.infokereta.comhttp://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Haval_6_coupe_4-150x150.jpghttp://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Haval_6_coupe_3-150x150.jpghttp://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Haval_6_coupe_2-150x150.jpg


Pages: [1]
View full version: Haval H6 Coupe membuat tayangan perdana di Auto Shanghai 2015


ADVERTISEMENT