Nusantara77 Publish time 22-4-2015 08:52 AM

Google Membawakan Paparan Street View Untuk Tasik Loch Ness Di Scotland

Google hari ini terus menambah penawaran gambar Street View mereka, dimana mereka hari ini telah menambah paparan Street View untuk tasik popular, Loch Ness di Scotland. Seperti pelbagai tasik lain, Loch Ness mempunyai kisah lagenda tersendiri yang mengatakan terdapat seekor raksasa yang menjaga tasik berkenaan.http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/04/lochness.jpgUntuk merakamkan gambar tasik ini, Google telah menggunakan beberapa peralatan, termasuk memasang kamera Street View pada bot. Disamping itu, selain hanya merakamkan gambar permukaan sahaja, pihak Google turut bekerjasama dengan Catlin Seaview Survey untuk merakamkan gambar dalam tasik berkenaan. Memandangkan rakaman dalam air agak gelap, maka mungkin tidak banyak perkara yang boleh dilihat anda.Bagi anda yang berminat untuk melawat tasik Loch Ness sebelum ini, tetapi tidak berkesempatan, mungkin boleh mengambil peluang ini untuk melawatnya terus melalui pelayar web anda.Lawati : Tasik Loch Ness di Street View
kredit:www.amanz.my

tengah_bosan Publish time 22-4-2015 04:59 PM

Subhanalllah! Cantiknya!
Pages: [1]
View full version: Google Membawakan Paparan Street View Untuk Tasik Loch Ness Di Scotland


ADVERTISEMENT