Nusantara77 Publish time 22-4-2015 08:27 AM

Facebook Mengemaskini Algoritma News Feed

Edited by Nusantara77 at 22-4-2015 08:28 AM

Facebook Mengemaskini Algoritma News Feed Untuk Memberikan Keutamaan Kepada Kemaskini Rakan Berbanding Pages
Facebook hari ini melalui laman rasmi mereka telah mengumumkan yang mana mereka sedang dalam proses mengemaskini algoritma kepada halaman News Feed pada perkhidmatan mereka, dimana ia bakal membawakan kepada beberapa perubahan berkaitan bagaimana kemaskini akan dipaparkan selepas ini.

Menurut Facebook, kemaskini baru ini lebih mengutamakan kepada perkongsian daripada rakan-rakan anda, selain turut memaparkan ia pada bahagian lebih atas berbanding kebiasaan. Facebook inginkan anda tidak terlepas sebarang kemaskini daripada rakan-rakan dengan perubahan ini.Disamping itu, Facebook juga turut mengatakan mereka akan mengurangkan paparan interaksi rakan-rakan anda dengan rakan lain atau Facebook Pages lain. Facebook mengatakan ramai tidak mengemarkan perkara ini, dan algoritma baru ini akan kurang memaparkannya berbanding sebelum ini.

News Feed baru juga turut dikemaskini untuk memaparkan lebih banyak perkongsian daripada Facebook Pages yang diminati anda. Sebelum ini, Facebook jarang memaparkan kemaskini sama daripada sesuatu Facebook Page yang sama pada halaman News Feed, tetapi ia akan berubah selepas ini berdasarkan kepada interaksi pengguna dengan laman tersebut.

Perkara ini semestinya akan digemari ramai pengguna seluruh dunia memandangkan mereka akan kurang melihat perkongsian berbentuk pengiklanan dan lebih memfokuskan kepada rakan-rakan mereka semula. Tetapi pada masa yang sama, berkemungkinan juga ia akan memberikan sedikit impak kepada para penerbit web yang menggunakan platform Facebook untuk perkongsian.
Kita mungkin akan dapat melihat perubahan pada algoritma paparan News Feed ini dalam masa terdekat ini.SUMBER RUJUKAN: FACEBOOK
kredit:www.amanz.my



Pages: [1]
View full version: Facebook Mengemaskini Algoritma News Feed


ADVERTISEMENT