Nusantara77 Publish time 21-4-2015 09:13 AM

HAFIZH TAMATKAN SAINGAN DI TEMPAT KE-10

http://www.stadiumastro.com/DesktopModules/PackFlashPublish/Resources/handlers/imageResize.ashx?width=580&height=260&portalID=0&image=/Portals/0/Sukan%20Lain/180415HafizhSyahrin.jpg

Pelumba Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah sekali lagi menampilkan prestasi membanggakan untuk menamatkan saingan di tempat ke-10 pada perlumbaan Moto2 Grand Prix (GP) Argentina di Litar Termas de Rio Hondo, pada Ahad.
Hafizh yang bermula di petak ke-16 pada grid, terus memecut untuk berada di kelompok hadapan di posisi kesembilan pada pusingan awal sebelum Simone Corsedari Itali terbabas di hadapannya sehingga mengakibatkan Hafizh nyaris terkeluar pada perlumbaan tersebut.

Berikutan insiden itu, Hafizh jatuh semula di tempat ke-12 sebelum berusahakeras untuk berada di posisi ke-10 pada perlumbaan sejauh 23 pusingan itu dengan catatan 39 minit 55.813 saat, mengatasi Luis Salom dan juara bertahan   Moto2, Tito Rabat, yang masing-masing menamatkan saingan di kedudukan ke-11 dan 12.

"Perlumbaan menarik dan keputusan yang baik di Argentina. Kedudukan ke-10 amat memuaskan bagi pasukan memandangkan kami menghadapi masalah tayar semasa latihan pada Jumaat," kata Hafizh.

Selepas empat pusingan, Hafizh mengumpul 20 mata untuk berada di kedudukankesembilan dalam Ranking Dunia Moto2.

Sementara itu, pelumba Idemitsu Honda Team Asia, Azlan Shah Kamaruzaman yang bermula di petak ke-25, berjaya memperbaiki kedudukan dengan menamatkan saingan di tempat ke-17 pada perlumbaan mencabar 23 pusingan itu dengan masa 40'11.034s.

"Perlumbaan amat sukar, namun saya berpuas hati dengan kualiti perlumbaan saya di Argentina. Saya hampir menduduki tempat ke-15 untuk memperoleh mata danberupaya mengekalkan rentak tunggangan sepanjang minggu itu. Saya tekad meraih mata pada perlumbaan akan datang dengan prestasi yang saya tampilkan ini," kata Azlan.

Pelumba JPMoto Malaysia, Zaqhwan Zaidi yang bermula di petak ke-30, menamatkan perlumbaan di tempat ke-27 dengan catatan 40'51.238s.

Perlumbaan GP Argentina dimenangi pelumba Perancis, Johann Zarco yang mendahului saingan dari awal hingga penamat, untuk meraih kemenangan kelas pertengahan pertamanya dengan masa 39'44.497s, manakala Alex Rins dan Sam Lowes masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga.
   
Keputusan Perlumbaan Moto2:

1. Johann Zarco (FRA) 39'44.497s
2. Alex Rins (SPA) 39'47.212s
3. Sam Lowes (GBR) 39'48.658s
4. Mika Kallio (SWI) 39'49.807s
5. Franco Morbidelli (ITA) 39'52.445s
.
.
.
10. Hafizh Syahrin (MAS) 39'55.813s
17. Azlan Shah (MAS) 40'11.034s
27. Zaqhwan Zaidi (MAS)40'51.238s
sumber:www.stadiumastro.com


ana_una Publish time 27-4-2015 05:18 PM

takleh lupa hafizh buat kejutan d sepang dulu..wildcard rider...

Aardour Publish time 23-5-2015 08:40 PM

i still remember that.

kat Paddock terus kecoh dgn nama Hafizh

ana_una Publish time 27-5-2015 05:36 PM

bergegar satu litar kan dengan sorakan penonton.. sampai meremang bulu roma...bangga sangat...

Dorothy62 Publish time 30-5-2019 03:47 PM

Fantastic write-up! krogerfeedback

SAZI Publish time 12-8-2019 01:30 PM

nice post
http://customers-surveys.info/

jenilia122 Publish time 6-9-2019 03:04 PM

I have read your excellent post. This is a great job. I have enjoyed reading your post first time.
http://nbiclearance.today/

jamesscoutop Publish time 16-11-2020 06:45 PM

thanks for sharing
mywmtotalrewardsmybalancenow

Sandler1 Publish time 26-5-2021 03:27 PM

Thank you for updating us with the outcome.

stopelon

ava121 Publish time 17-3-2023 12:09 PM

great work and thanks for sharing.
mykfcexperience
dunkinrunsonyou
getmyoffer.capitalone.com
mcdvoice
mybkexperience

GeorgeJohn Publish time 29-4-2024 05:47 PM

Edited by GeorgeJohn at 29-4-2024 05:48 PM

Thank you for sharing.
visit mybalancenow.com to check visa gift card balance.
Pages: [1]
View full version: HAFIZH TAMATKAN SAINGAN DI TEMPAT KE-10


ADVERTISEMENT