Nusantara77 Publish time 21-4-2015 08:55 AM

Kini Anda Boleh Memuat-Turun Data Berkaitan Sejarah Carian Google Anda

Google melalui perkhidmatan Google Takeout sebelum ini telah menawarkan kemudahan untuk para pengguna memuat-turun sejumlah data-data yang disimpan pada perkhidmatan Google. Kini, mereka turut menawarkan kemudahan untuk para pengguna untuk memuat-turun data berkenaan sejarah carian Google mereka.

Sebelum ini, untuk perkhidmatan carian, Google menawarkan sebuah halaman yang memperlihatkan sejarah carian anda, dan ia hanya boleh diakses melalui online sahaja. Kini, dengan penawaran kebolehan memuat-turun data, anda boleh memuat-turunnya dan mengaksesnya secara offline pada komputer anda.

Untuk memuat-turun data carian anda, anda hanya perlu ke halaman Google Search History, dan klik pada butang “Gear” pada penjuru kanan, dan seterusnya memilih “Download”. Anda akan diperlihatkan dengan sebuah pop-up amaran berkenaan anda akan memuat-turun data-data peribadi yang sensitif. Seterusnya, anda akan menerima emel mengatakan arkib sejarah carian anda sedia untuk dimuat-turun.http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/04/google-search-download.jpgMungkin penawaran kebolehan memuat-turun data ini tidak akan digunakan ramai. Tetapi, penawaran perkhidmatan ini memperlihatkan kebolehan dan kebebasan untuk para pengguna memuat-turun pelbagai data mereka daripada perkhidmatan Google.Layari : Google Search History
kredit:www.amanz.my

erlangzero Publish time 14-6-2023 11:03 AM

ini adalah satu informasi yang bermanfaat bahwa kita punya hak untuk menghilang dari google

linaharshley Publish time 15-6-2023 06:31 PM

With a reliable and cheap dedicated server, you can have peace of mind knowing that your data is secure and accessible whenever you need it. Take control of your data and make informed decisions about your digital footprint.
Pages: [1]
View full version: Kini Anda Boleh Memuat-Turun Data Berkaitan Sejarah Carian Google Anda


ADVERTISEMENT