Jom! Bersembang sambil berpantun...
https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSGlrG9xN71wD7ZqocD7Nhtip3mJyx3JG3wgSKR35ih_otoD9J8Hai kengkawan semua!!....
Jom, kita bersembang sambil berpantun. Terpulang kepada anda untuk berpantun 2 kerat atau 4 kerat.
Syaratnya....
1) Anda boleh berborak dan bersembang apa sahaja topik yang anda suka TETAPI setiap posting wajib ada pantun samada pantun 2 kerat atau 4 kerat.
2) Pembayang tidak boleh ada kena mengena dengan maksud pantun
Sebagai contoh:-
Hai @cik_surie .... apa kabar?
Mendayung sampan mudik ke muara
Sampan menuju Tanjong Bidara
Salam dihulur pembuka bicara
Senyuman diukir tanda mesra
Berbaju kurung si anak dara
Cantik lagi berkebaya nyonya
Senyuman diukir tanda mesra
Semoga persahabatan kekal selamanya
@oharyaty @Blueberri @Yoongie @palomaf4 @Goldkey
ke gigi air membasuh kaki
kaki terluka terkena duri
rindu yang datang tidak bertepi
pergilah jauh gundah di hati
palomaf4 replied at 20-4-2015 11:28 AM
ke gigi air membasuh kaki
kaki terluka terkena duri
rindu yang datang tidak bertepi
Hai Palomaf4, Salam kenal...:bye:
Sarapan apa pagi nie?
Terbang tinggi burung kenari
Terima kasih sudi ke mari..
reeny replied at 20-4-2015 03:32 AM
Hai Palomaf4, Salam kenal...
Sarapan apa pagi nie?
salam....
sarapan nescafe dan karipap
hari-hari akan ke sini
untuk membunuh rasa sepi
sudah lama tidak ketemu
saudara yg datang semua dijamu
dalam mimpi hadir bertamu
aku menanti tiada jemu palomaf4 replied at 20-4-2015 11:42 AM
salam....
sarapan nescafe dan karipap
Wsalam...
Rajin-rajinlah bertamu kat sini yer...
kita meriahkan bod nie pulak...:$
Tanam padi di tengah bendang
Bendang terletak di hujung kampung
Moga hilang sepi mengundang
Moga ceria hari mendatang
nak join bole?
Pagi-pagi makan nasi
Saya happy saat ini
okay cmni pantun?hehe Esmiria replied at 20-4-2015 12:09 PM
nak join bole?
Pagi-pagi makan nasi
Silakan wahai @Esmiria .... lagi ramai, lagi meriah... tk gitu..:$
Pagi hari wajah berseri
Naik kereta hendak ke pekan
Silakan, buat macam rumah sendiri
Kecil tapak tangan, padang bola saya sediakan
Bergurau senda bersama cik suri
Cerita lucu tak kering gusi
Wahai kawan bertandanglah ke mari
Kita meriahkan bod sajak dan puisi
@lazim @cik_kiah @bangcak @KumbangPolkaDot @miss_pooh @miu~miu @A44A @sweetmi09 reeny replied at 20-4-2015 12:25 PM
Silakan wahai @Esmiria .... lagi ramai, lagi meriah... tk gitu..
Pagi hari wajah berseri
ok..reeny ni..erm...sy de tengok post rini..but sekils je(time merayau2 kat bod)
adoi..jnuh nk pntun.
anak kucing berlari
Meronta-ronta hati ini reeny replied at 20-4-2015 12:38 PM
Bergurau senda bersama cik suri
Cerita lucu tak kering gusi
Wahai kawan bertandanglah ke mari
rajinnya kak reen berpantun.. kite tangan kejung, tak reti sangat pantun2 nih.. :$
adik manis meniti titi
sambil mengalun merdu irama tamborin
terharu rasa, tersentuh hati
terima kasih jemput kite, kak reen
:lol:
bukanlah ganjil tidak lah pelik
si gadis cantek menjadi rebutan
mata lazim xmampu nak celik
tolong kejutakan lazim dengan belantan
;P Esmiria replied at 20-4-2015 12:47 PM
ok..reeny ni..erm...sy de tengok post rini..but sekils je(time merayau2 kat bod)
adoi..jnuh nk...
mula-mula rasa jenuh la sikit.... lama-nnt okay la tu. pelan2 kayuh...:lol:
Mentari tinggi pucuk kelapa
Pantun yang mudah pun tak apa
sweetmi09 replied at 20-4-2015 12:59 PM
rajinnya kak reen berpantun.. kite tangan kejung, tak reti sangat pantun2 nih..
terima kasih cikmie...{:1_152:}
Si cantik manis anak petani
Seronok rasa nampak cikmie datang ke sini
reeny replied at 20-4-2015 01:04 PM
terima kasih cikmie...
Si cantik manis anak petani
wahh.. tQ for the tacang kak reen.. ;P
tonton movie sambil makan kacang
nak banyak-banyak lagi tacang {:hoorayo
:$ :lol: lazim replied at 20-4-2015 01:01 PM
bukanlah ganjil tidak lah pelik
si gadis cantek menjadi rebutan
mata lazim xmampu nak celik
terima kasih lazim sudi singgah kt rumah reen...{:1_152:}
Penat berjalan dalam hutan
nampak lorong berjalan lurus
Naper kejut dengan belantan
kalau kena, mau jalan 'terus'
reeny replied at 20-4-2015 01:01 PM
mula-mula rasa jenuh la sikit.... lama-nnt okay la tu. pelan2 kayuh...
Mentari tinggi pucu ...
Reeny ni dah kawin? straight? haha
Bakwe nama kucing itu
Harap dapat berborak selalu sweetmi09 replied at 20-4-2015 01:09 PM
wahh.. tQ for the tacang kak reen..
Most welkam cikmie...
Duduk bersandar di tepi meja
Bancuh teh dengan gula
Sesekali bagi kacang boleh saja
kalau selalu, nanti kak reen bangkrap pula
reeny replied at 20-4-2015 01:11 PM
terima kasih lazim sudi singgah kt rumah reen...
Penat berjalan dalam hutan
mcm best je rmh ni. sekali reply +5;P
situa kertu membanting tulang 4 kerat,
ank muda xsadar diri berlumba saga
lazim ni bukan apa, mata berat,
kalau setakat jentik xde nye jaga
:lol:
Lunch tengahari makan spegeti,
Miabebe tompang lalu boleh kah tt?
:$:$;P