Nusantara77 Publish time 16-4-2015 11:19 AM

Volvo XC90 Excellence bakal tampil di Auto Shanghai 2015 minggu hadapan

http://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Volvo-XC90-Excellence-09-650x488.jpg

Jika Volvo telah memperkenalkan model XC90 generasi kedua pada Ogos tahun lalu, kali ini syarikat berkenaan mengambil keputusan untuk menampilkan XC90 Excellence pula. Memilih pentas Auto Shanghai 2015 yang bakal berlangsung minggu hadapan, XC90 Excellence kelihatan lebih mewah, anggun dan cukup elegan.Bahagian luarannya masih kelihatan seperti XC90, namun jika dilihat secara lebih dekat, terdapat kekemasan krom istimewa pada bahagian tiang B dan C. Manakala bahagian kabinnya pula telah diganti dengan konfigurasi empat-tempat duduk dengan dua tempat duduk belakang individual yang turut dilengkapi fungsi urut dan pengudaraan.http://i0.wp.com/www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Volvo-XC90-Excellence-08.jpg?resize=302%2C227

http://i0.wp.com/www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Volvo-XC90-Excellence-04.jpg?resize=310%2C227


http://i0.wp.com/www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Volvo-XC90-Excellence-02.jpg?resize=616%2C308



XC90 Excellence juga memiliki ruang dalaman yang lebih luas dan turut ditampilkan dengan meja lipat, pemegang cawan dengan fungsi penyejuk, peti sejuk, dan gelas kristal buatan tangan oleh Orrefors dari Sweden.Selain itu, Volvo turut memasang penebat bunyi dan menggunakan tayar Pirelli yang membantu mengurangkan bunyi bising luaran daripada menyerap masuk ke dalam kabin. Bukan itu sahaja, Volvo turut memasang sistem pembersih udara ionic bagi menyalurkan udara segar pada bahagian kabin.Elemen lain yang turut ditampilkan termasuklah sistem bunyi Bowers & Wilkins dengan 19 pembesar suara, pencahayaan ambien dan kekemasan tambahan kulit.Bagi model ini, Volvo mensasarkan jualan bagi ‘model paling mewah yang pernah dibina’ ini bakal bermula pada penghujung tahun inihttp://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Volvo-XC90-Excellence-01-150x150.jpghttp://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Volvo-XC90-Excellence-02-150x150.jpghttp://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Volvo-XC90-Excellence-03-150x150.jpghttp://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Volvo-XC90-Excellence-04-150x150.jpghttp://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Volvo-XC90-Excellence-05-150x150.jpghttp://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Volvo-XC90-Excellence-08-150x150.jpghttp://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Volvo-XC90-Excellence-07-150x150.jpghttp://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Volvo-XC90-Excellence-06-150x150.jpghttp://www.infokereta.com/wp-content/uploads/2015/04/Volvo-XC90-Excellence-09-150x150.jpg



kredit:www.infokereta.com
Pages: [1]
View full version: Volvo XC90 Excellence bakal tampil di Auto Shanghai 2015 minggu hadapan


ADVERTISEMENT