Nusantara77 Publish time 15-4-2015 09:11 AM

BANGUNAN PENCAKAR LANGIT DIBINA DI DALAM BEKAS KUARI MARMAR IPOH

Jika anda memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang anda dapat melihat kuari marmar di sekitar Ipoh.Kuari terbuka ini bukan sahaja hodoh tetapi nampak menyedihkan kerana ia merosakkan pemandangan indah bukit batu kapur sekitar Ipoh. Selepas habis dilombong kuari ini akan terdedah kepada luluhawa dan anda dapat melihat bukit togel dari puluhan kilometer jauhnya.

Konsep mengitar semula kuari marmar menjadi kawasan kediaman di bawah dihasilkan oleh dua orang arkitek Malaysia Jethro Koi Lik Wai dan Quah Zheng Wei untuk pertandingan EVOLO 2015. Bangunan di bina di dalam ruang kosong yang ditinggalkan oleh marmar yang telah dilombong. Bangunan ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesakitan mata melihat lombong terdedah, malah mesra alam kerana akan ditumbuhi pohon-pohon hijau. Nice concept!


https://lh6.googleusercontent.com/-2k11SicTNPo/VSXoVgt-5KI/AAAAAAAAi_Q/BukHSGdAJfE/s0/evolo-051-818x980_01.jpg

https://lh6.googleusercontent.com/-qbwllvpkPQA/VSXoWUETsJI/AAAAAAAAi_Y/OUzQNc5-LRs/s0/evolo-051-818x980_02.jpg

kredit:www.blogserius.blogspot.com


ana_una Publish time 23-4-2015 12:33 PM

teman orang ipoh..
bila lalu dan nampak gunung ganang yg dah ditarah..timbul rasa syahdu..
ntah la tak tau kenapa..
mungkin sebab nampak sedikit demi sedikit gunung ganang tu ditarah..

Nokiaman Publish time 6-7-2015 09:37 AM

Projek ni da start belom.....??? atau sekadar penyedap hati je citer nie?..

duffyduck Publish time 14-9-2015 11:12 AM

Nokiaman replied at 6-7-2015 09:37 AM
Projek ni da start belom.....??? atau sekadar penyedap hati je citer nie?..

concept je nih. padahal org yg tarah bukit tu kantung penuh melimpah ruah. patut kerajaan malaysia la punya, di bg kat org perseorangan @ comp. dah tu kerajaan mkn cukai ciput tu ja

IRZeeBuk Publish time 14-12-2015 01:44 PM

Mmg syg di biar begitu sahaja..

Mcm risiko tanah runtuh je

kurunsing Publish time 10-1-2016 01:47 PM

akan jadi mahal sbb strengthening sajo.

to me, not feasible.

nerdy69 Publish time 15-9-2016 09:56 AM

Dah botak dah nie...
Pages: [1]
View full version: BANGUNAN PENCAKAR LANGIT DIBINA DI DALAM BEKAS KUARI MARMAR IPOH


ADVERTISEMENT