Nusantara77 Publish time 13-4-2015 10:05 AM

E-sukan makin b=berkembang di Malaysia

http://assets.hmetro.com.my/images/articles/esukan3.jpg.transformed.jpg


Sukan elektronik mengalami perkembangan positif di negara kita. HAZRIL MDNOR yakin dengan adanya lebih banyak pertandingan seumpama ini di masa depan, bakat anak muda dapat digilap untuk mengharumkan nama negara.
Dulu mungkin anak muda sering dikaitkan dengan aktiviti membuang masa, namun sekarang kita sudah berubah. Kemajuan industri yang lebih terarah kepada sukan elektronik membuka peluang kepada remaja mempertaruhkan bakat mereka dalam permainan video popular seperti Dota 2, Counter Strike dan juga League of Legends.
Baru-baru ini, penulis sempat berkunjung ke pertandingan sukan elektronik (Dota 2) terbesar di Asia Tenggara, Major Allstars yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
Acara berprestij ini dianjurkan Fallout Gaming yang berhasrat menaik taraf sukan elektronik di rantau Asia Tenggara.Pertandingan itu mengumpulkan lapan pasukan profesional antarabangsa termasuklah Filipina, Rusia, Ukrain dan juga pasukan tempatan, Invasion. Sebanyak AS$100,000 (RM371,230) wang tunai terkumpul dipertaruhkan kepada peserta.
Sejajar dengan kehendak industri dalam bidang sukan elektronik, Malaysia menjadi tuan rumah untuk kejohanan e-sukan kali ini memandangkan terdapat pertumbuhan dalam kalangan pemain yang mula serius dalam bidang ini.
Langkah ini seiring dengan moto Fallout Gaming yang menyasarkan negara Asia Tenggara berpotensi untuk melahirkan lebih ramai bakat baru dalam sukan elektronik.
Menariknya, penulis bukan saja berpeluang menyaksikan perlawanan sengit antara peserta tetapi juga diberi peluang melihat persembahan Cosplay yang terdiri dari karakter Dota 2.
Terdapat juga sesi autograf bersama pasukan kegemaran dan kedai rasmi yang menjual barangan eksklusif Dota 2 seperti t-shirt dan lain-lain.Acara yang berlangsung selama tiga hari itu melabuhkan tirainya apabila pasukan China, Invictus Gaming (IG) dinobatkan sebagai juara musim pertama kejohanan itu sekali gus membuktikan mereka lebih hebat dari pesaing luar rantau Asia. Kemenangan ke atas pasukan Empire dari Russia itu melayakkan IG memenangi hadiah berupa wang tunai AS$47,000 (RM174,816).
Menyingkap kembali perlawanan akhir antara IG dan Empire, pemain IG, Luo mempamerkan kehebatannya menggunakan hero popular Axe. Luo turut digandingkan dengan kelincahan Burning memainkan hero kegemarannya iaitu Morphling sekali gus berjaya mematahkan serangan Empire.Secara keseluruhan, aksi di pusingan pertama agak mengejutkan di mana IG menundukkan pasukan Empire dengan markah keseluruhan 27-2.Bagaimanapun, Empire tetap tidak ‘ban’ hero Axe yang menjadi punca kekalahan pusingan pertama sekali gus meletakkan mereka dalam zon bahaya di pusingan kedua. Kesudahannya, IG berjaya memperoleh kemenangan dengan mudah. Naib johan pula dirangkul oleh Empire sementara tempat ketiga jatuh kepada pasukan Ninja In Pyjamas.
Menyaksikan sendiri pertandingan yang membabitkan pasukan dari luar negara membuka mata penulis bahawa pemain profesional dalam bidang ini ternyata memberikan komitmen yang tinggi ketika bermain dan mempertaruhkan nama negara untuk memenangi pertandingan.
Walaupun hanya bermain game, pastinya kita perlu -tanamkan fokus pada -strategi, cara bermain dan banyak lagi faktor yang perlu diambil kira untuk berjaya dalam -landasan berkenaan sekali gus -melayakkan diri digelar -profesional.
Biarpun usaha sama ini dianggap sesuatu yang masih baru di negara kita, penulis percaya dengan adanya lebih banyak pertandingan seumpama ini di masa depan, anak muda tempatan boleh bergiat dengan lebih aktif dalam landasan sukan elektronik untuk menaikkan nama Malaysia setaraf dengan negara lain di persada dunia.
Sumber http://www.hmetro.com.my/node/41016#foto

roblucci Publish time 3-5-2015 02:41 AM

term e-sukan tu macam tak sesuai je

tsuza Publish time 8-10-2015 11:18 AM

roblucci replied at 3-5-2015 02:41 AM
term e-sukan tu macam tak sesuai je

kenapa tak sesuai lak?ok ape..

lordvoldemort Publish time 4-11-2015 12:54 AM

PES ada depa nak buat dak tournament ?
Pages: [1]
View full version: E-sukan makin b=berkembang di Malaysia


ADVERTISEMENT