Nusantara77 Publish time 10-4-2015 08:51 AM

Perodua Turun Harga Di Atas Pelaksanaan GST

http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/2011/06/Pelancaran-Perodua-Myvi-baharu-640x328.jpg

Dengan pelaksanaan GST yang bermula 1 April yang lalu, Perodua sudah pun mengurangkan harga kereta yang dijualnya dalam lingkungan 0.1% sehingga 1.6% bergantung kepada model tertentu. Perodua juga turut mengekalkan harga barang gantiannya dengan menyerap masuk impak GST.Presiden & CEO Perodua, Datuk Aminar Rahid berkata, “Kami sentiasa menyokong niat kerajaan dan juga jangkaan pelanggan dengan menyediakan kenderaan mampu milik dan bernilai. Kami telah menggubal semula struktur harga beberapa model dan menambah nilai dari 3% sehingga 12% sejak 2013. Tambahan pula, semua model kini didatangkan dengan jaminan 5 tahun untuk ketenangan fikiran pelanggan kami.”Salah satu produk yang muncul dari inisiatif pengurangan kos ialah Perodua S-Series yang telah mengumpul jualan sebanyak 153,000 unit dari Mac 2013 sehingga Januari 2015.Aminar juga menambah yang Perodua menyokong pelaksanaan GST. “Walaupun GST mengurangkan kos beberapa bisnes kami, terdapat juga beberapa bisnes yang meningkat kosnya,” kata Aminar.Walau bagaimanapun, Perodua berjaya memberikan pengurangan harga ke atas model-model yang dijualnya.*Sila tekan untuk gambar lebih jelas*
http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/Perodua-Price-List-640x307.jpg
kredit:www.arenakereta.com



ayahlang Publish time 13-4-2015 09:43 AM

Sepatutnya kena turun 3 - 4k barulah nampak ketara penurunannya.

giyomi Publish time 13-4-2015 11:59 AM

EEEeee...byk tu...rm95 hingga rm175:D. baik tak kurang langsung xder bezanya pon

bawangputih05 Publish time 14-4-2015 12:45 PM

huh? rasa mcm nk korek idung je tgk penurunan tu..

mshah Publish time 15-4-2015 09:56 AM

Turun 1 sen pun dah kira turun harga. Kalau turun RM95 lagilah dicanang-canangkan.
Pages: [1]
View full version: Perodua Turun Harga Di Atas Pelaksanaan GST


ADVERTISEMENT