Nusantara77 Publish time 9-4-2015 10:20 AM

Google Sedang Membangunkan GMeet

Google Sedang Membangunkan GMeet Memfokuskan Mesyuarat Atas-Talian?
Google Hangouts sedia digunakan ramai untuk berinteraksi bagi pelbagai tujuan, dan kini ia dilihat Google turut menguji sebuah sokongan baru dinamakan sebagai GMeet (atau Google Meet). Ia dikatakan mungkin merupakan versi perusahaan untuk sokongan panggilan video dan audio.

http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/04/googlemeet.jpg

Maklumat penuh mengenainya masih tidak diketahui buat masa ini. Menggunakan fungsi ini, pengguna dikatakan tidak memerlukan sebarang pemalam tambahan, dan ia beroperasi menggunakan fungsi WebRTC – yang sedia diintegrasikan pada Chrome dan Firefox.

Daripada versi ujian yang hadir, pengguna dikatakan hanya boleh log masuk menggunakan akaun Google sahaja buat masa ini. Google turut berkemungkinan dijangka memperkenalkan pemalam dan aplikasi khusus untuknya jika ia dilancarkan kepada umum.

Dengan Google Hangouts yang digunakan meluas hari ini, mungkin kita perlu nantikan dan lihat apakah fungsi-fungsi khusus yang akan disertakan GMeet ini kelak. Ataupun mungkinkah ini sekadar versi percubaan dalaman untuk Google, dan ia tidak akan dilancarkan kepada umum.
                                                                                                                                                                                                Sumber Rujukan: Phandroid
Sumber Gambar: Florian
kredit:www.amanz.my


Pages: [1]
View full version: Google Sedang Membangunkan GMeet


ADVERTISEMENT