Nusantara77 Publish time 8-4-2015 12:36 AM

CPU Intel Braswell Untuk Desktop dan Laptop Mampu Milik

Intel telah memperkenalkan 7 model CPU yang bakal dibekalkan kepada pengeluar PC dan laptop mampu milik. Cip terbaharu itu datangnya dari barisan CPU terbaharu menggunakan teknologi Intel Braswell yang menggunakan proses pembuatan 14nm dan sedikit demi sedikit akan mengambilalih CPU Intel Bay Trail.

http://techkini.com/wp-content/uploads/2014/06/Intel-chip-design-578-80.jpg

CPU Intel Braswell Untuk Desktop dan Laptop Mampu Milik
Intel telah melancarkan 7 model CPU terbaharunya yang menggunakan teknologi pembuatan 14nm Intel Braswell. Walaupun model CPU ini disasarkan kepada komputer dan laptop mampu milik didapati semua model Celeron yang dilancarkan mempunyai harga yang sama dengan sebelumnya kecuali model N3150 yang merupakan model paling tinggi dalam kelasnya dan dilengkapi 4 teras, kelajuan frekuensi 1.6GHz serta 2MB cache.

Braswell (until desktop) dan Cherry Trail (until tablet) adalah sebahagian dari Airmont yang menampilkan die yang dikecilkan berbanding senibina Silvermont.
Perisian pengujian Geekbench 3 mendapati pemproses N3150 mendapat markah yang agak baik di mana masing-masing mendapat 843 dan 2689 untuk ujian 1 teras dan berbilang teras. CPU-CPU terbaharu ini dijangka akan dilengkapikan kepada NUCs (Next Unit of Computing) Intel generasi akan datang, di sampin PC dan laptop mampu milik.

Braswell diumumkan tahun lepas di China sebagai langkah Intel untuk menghasilkan Chrombook yang berharga dari hanya USD199. Oleh itu, Intel sepatutnya cuba untuk menurunkan harga asas bagi pemproses terbaharunya itu yang rata-rata mempunyai harga yang sama dari CPU generasi sebelumnya.

kredit:www.techkini.com


kerepek1994 Publish time 15-6-2015 07:11 PM

terasa rugi pulak beli laptop thun lepas, lebih baik tunggu dulu..:L:'(

sue_cinta Publish time 22-10-2015 09:39 AM

kerepek1994 replied at 15-6-2015 07:11 PM
terasa rugi pulak beli laptop thun lepas, lebih baik tunggu dulu..

it gadget nie, kalo men tgu mmg takkan terbeli bro... sebab dia sentiasa akan kuar dengan model terbaru...
nak plak zaman skang nie, sometimes dalam setiap 3/4 bulan dah kuar baru... so, kalo nak kejar update, mmg kesudah tak puas hatinya... :P
bg aku, beli je apa yg terbaik waktu tuh sesuai dengan budget poket kita...
Pages: [1]
View full version: CPU Intel Braswell Untuk Desktop dan Laptop Mampu Milik


ADVERTISEMENT