Nusantara77 Publish time 8-4-2015 12:27 AM

Codec VP9 Youtube Meningkatkan Kualiti Video

Lewat ini, kandungan internet semakin lama semakin banyak tertumpu kepada video dan untuk menyokong tontonan kandungan video yang banyak, para telco dan penyedia perkhidmatan internet terpaksa menyediakan lebar jalur yang lebih tinggi dari masa ke semasa. Namun, selain manambah lebar jalur, satu cara mengatasi masalah ini ialah dengan mengecilkan saiz data yang dipindahkan melalui internet. Youtube telah tampil dengan codec VP9 baharu yang mampu mengekodkan video dengan lebih efiseyen dari codec H.264 yang digunakan laman web itu sekarang.

http://techkini.com/wp-content/uploads/2012/12/youtube-logo-1024x724.jpg
Codec VP9 Youtube Meningkatkan Kualiti VideoCodec video merupakan algoritma yang mengubah data video mentahdan mengecilkannya ke satu saiz yang lebih mudah diuruskan. Seiap jenis codec merupakan satu kompromi antara saiz fail dengan kualiti gambar dan semua codec tidak berfungsi dengan cara yang sama.

Google telah menerangkan kelebihan codec VP9 yang sedang digunapakainya untuk menstrimkan video kepada segolongan pengguna. Menurut syarikat itu, codec VP9 mengurangkan saiz fail sehingga 50%. Ini bermakna jika rangkaian internet anda hanya mampu menstrim video 480p, ia kini boleh menstrim video 720p.

Apa pula impaknya kepada trafik internet? Separuh daripada trafik internet merupakan kandungan video. Jadi, jika saiz video dapat dikecilkan sebanyak separuh, jumlah trafik video dapat dikurangkan kepada hanya suku daripada jumlah trafik internet. Ini mengurangkan beban yang banyak kepada para penyedia perkhidmatan internet di samping menjimatkan quota data telefon pintar anda.

Apa yang menjadikannya lebih hebat ialah, tidak seperti codec yang hadir sebelumnya, codec ini merupakan standard sumber terbuka (open source). Ini bermakna ia percuma untuk digunakan, yang juga bermakna ia lebih berkemungkinan tinggi untuk digunakan dalam pelayar web, telefon pintar dan juga perkhidmatan penstriman video seperti Netflix.

Sebagai pengguna pula, ia bermakna video anda dimuatkan dengan lebih cepat dan memberi kesan yang kurang kepada bill internet dan quota data telefon pintar anda.

kredit:www.techkini.com


Pages: [1]
View full version: Codec VP9 Youtube Meningkatkan Kualiti Video


ADVERTISEMENT