Nusantara77 Publish time 7-4-2015 08:41 AM

ARES : Pesawat Pengangkut VSTOL Tanpa Pemandu Masa Hadapan

Dunia pesawat tanpa pemandu semakin berkembang dan beberapa hari yang lalu Facebook juga membeli syarikat pengeluar drone mereka. Di Amerika Syarikat pihak tentera mereka sudah bertahun membangunkan teknologi drone yang boleh diguna pakai di dalam situasi peperangan

ARES ialah salah sebuah projek di bawah pengawasan DARPA yang sedang giat dijalankan bagi menghasilkan pesawat tanpa pemandu masa hadapan.Aerial Reconfigurable Embedded System berbeza dari idea-idea UAV yang sedia ada kerana ia boleh diubah mengikut kehendak. Projek ini bermula sebagai projek kereta terbang yang pernah kami paparkan 4 tahun yang lalu. Kini ia diubah kepada sistem pesawat UAV yang boleh membawa 1360 kilogram kargo di dalam pod boleh diubah pada bawah bahagian sayap. Ia boleh membawa askar ke medan perang, menurunkan kargo kepada askar yang sedang beroperasi dan ambulan udara tanpa pemandu.Ini mengingatkan kami kepadaAirMule yang dibangunkan oleh Israel tetapi lebih canggih.

Dunia semakin moden dan negara maju membangunkan pesawat tandap pemandu mereka sendiri? Sementara itu di Malaysia kita masih recycle kereta buatan orang dan diletakkan logo Proton/MyVi. Sad!



https://lh4.googleusercontent.com/-4Xjh0YD4Db0/Uxkm39mj4GI/AAAAAAAAr0E/EWjzmKuJS38/s0/ARES1_01.jpg

https://lh4.googleusercontent.com/-12tZ--Cv7iM/Uxkm4nBAw_I/AAAAAAAAr0M/3MXuV6nDsBE/s0/ARES1_02.jpg


Laporan asal DARPA
kredit:www.blogserius.blogspot.com

Pages: [1]
View full version: ARES : Pesawat Pengangkut VSTOL Tanpa Pemandu Masa Hadapan


ADVERTISEMENT