Nusantara77 Publish time 3-4-2015 08:55 AM

Samsung Menawarkan Beberapa Perkhidmatan Peribadi Khusus

Samsung Menawarkan Beberapa Perkhidmatan Peribadi Khusus Untuk Pembeli Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge
Samsung hari ini telah memperkenalkan Galaxy S6 Edge secara rasmi di Malayia, dan khusus untuk pembeli di Malaysia, Samsung turut memperkenalkan sebuah perkhidmatan khusus untuk para pengguna Malaysia. Salah satunya adalah penawaran talian 24/7 yang khusus untuk pembeli Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge.

http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/04/DSC_0172.jpg

Disamping itu, sekiranya pengguna mempunyai sebarang masalah dengan peranti, anda turut boleh meminta Samsung untuk mengambil peranti daripada rumah atau pejabat anda, dan membaiki untuk anda. Perkhidmatan ini mungkin sesuai bagi anda yang tidak berada berdekatan dengan pusat khidmat Samsung, atau tidak mempunyai masa untuk menghantar peranti ke pusat khidmat.

Dan akhir sekali, satu lagi perkhidmatan khusus yang ditawarkan adalah perkhidmatan penyelenggaraan atau semakan. Anda boleh menghantar peranti untuk perkhidmatan percuma, dimana pusat khidmat akan menyemak hampir 7 perkara, termasuk mengemaskini perisian, menyemak bateri dan beberapa perkara lain.

Semua perkhidmatan ini akan ditawarkan secara percuma untuk para pelanggan yang mendapatkan Galaxy S6 dan juga Galaxy S6 Edge di Malaysia.

kredit:www.amanz.my


Pages: [1]
View full version: Samsung Menawarkan Beberapa Perkhidmatan Peribadi Khusus


ADVERTISEMENT