leon_mclaren78 Publish time 2-4-2015 10:47 PM

Nk beli kereta baru: Pertanyaan berkenaan Cash Rebate

Salam... first of all sori ai tpaksa bukak benang baru lg sbb ai x tau nk parking pertanyaan ai ni kat mana.

Ai nk bertanya kpd yg terer ttg cash rebate yg biasanya diiklankan oleh delaer2 kereta...contohnya mcm kat bwh ni...



Cash rebate yg dimaksudkan ni ekceli mcm mana ea?
Katakan la ai nk beli Honda City yg berharga RM87,000 (on the road), which dpt offer cash rebate RM1,500.
Adakah cash rebate ni diaorg akan tolak dlm harga kereta yg asal, iaitu RM87,000 - RM1,500 = at the end harga kereta jadi RM85,500 ??

Ataupun boleh ke cash rebate ni kita minta dia campurkan dlm downpayment kereta tu... sebagai contoh ai plan nk byr downpayment RM7,000, then campur cash rebate yg diaorg nk offer RM1,500 = at the end total downpayment jadi RM8,500... is it right?

Harap dpt beri pencerahan sbb ai tgh prepare bajet utk downpayment keta ni.
Thanks.. :$

zulka Publish time 3-4-2015 08:43 AM

kalau dulu2 memang boleh claim mengikut kehendak customer..
nak add on dlm d/payment ke, nk tolak harga ke, nk minta cash in hand pun boleh..
tapi skang tak taula plak camner.....dh lama tak beli kete baru..

assaffah Publish time 3-4-2015 02:45 PM

Edited by assaffah at 4-4-2015 03:02 PM

Cash rebate tu sebenarnya diskaun tapi dinamakan cash rebate supaya pinjaman boleh tinggi. Jadi kalau kereta rm50,000 cash rebate rm5,000 bermaksud kita beli kereta tu pada harga rm50,000 dan dia pulangkan semula rm5,000. Hakikatnya kalau kita buat pinjaman jurujual akan hantar ke finance co harga rm50,000 dan kita boleh pinjam maksimum 90% iaitu rm45,000.

Kalau dia namakan diskaun beerti kereta tu akan turun harga jadi rm45,000 dan pembeli boleh pinjam maksimum rm40,500 sahaja. Sebab tu lah dinamakan rebate.

leon_mclaren78 Publish time 3-4-2015 05:57 PM

assaffah replied at 3-4-2015 02:45 PM
Cash rebate tu sebenarnya diskaun tapi dinamakan cash rebate supaya pinjaman boleh tinggi. Jadi kala ...
Ooo... mcm tu rupanya... thanks atas pencerahan..{:1_551:}

al-maklum la ai dh lama x beli keta... 9 tahun yg lalu ms beli keta pun my dad yg uruskan segala downpayment. Skrg ni kalo boleh ai nk uruskan semuanya sendiri...baru la sebok nk amik tau... ;P

Baidewei apa pendapat uols... better beli keta kat showroom Honda ataupun kat dealer / agen keta mcm kat Mudah.my tu? :o

zulka Publish time 4-4-2015 01:39 PM

leon_mclaren78 replied at 3-4-2015 05:57 PM
Ooo... mcm tu rupanya... thanks atas pencerahan..

al-maklum la ai dh lama x beli keta. ...

better pegi kat showroom, boleh belek2, test drive...puas hati

pak_raub Publish time 19-4-2015 04:56 AM

Pengalaman saya baru-baru ini, cash rebate tu dia tolak terus dari harga kereta.
Tapi dalam invoice kepada bank tetap ditulis harga jualan penuh.
Cuma baki downpayment yang perlu dibayar kepada dealer selepas tolak deposit jadi kurang dari 10% walaupun dalam borang permohonan loan ditulis juga jumlah RM sebagai 10% dari harga kereta.
Bagaimanapun terpulang sama ada kita nak bayar downpayment lebih dari itu atau tidak.
Jika bayar lebih dari 10% (termasuk nilai rebate) dan rekod CCRIS, CTOS serta dokumen pendapatan yang 'strong' , loan akan mudah dan lebih cepat lulus serta diberi interest yang lebih rendah.

Sekian
Pages: [1]
View full version: Nk beli kereta baru: Pertanyaan berkenaan Cash Rebate


ADVERTISEMENT