Nusantara77 Publish time 1-4-2015 08:34 AM

Samsung Hadir Dengan Galaxy BLADE Edge – Pisau Pintar Untuk Tukang Masak

   Dengan pelbagai idea kreatif bersempena 1 April ini, pihak Samsung hadir dengan sebuah idea memfokuskan kepada sebuah pisau pintar yang dikenali sebagai Galaxy BLADE Edge.
Galaxy BLADE Edge ini dikatakan membawakan pelbagai fungsi seumpama Galaxy S6, dan bahagian tepi yang amat tajam sekaligus membolehkan ia turut digunakan sebagai sebuah pisau untuk tujuan memasak. Samsung menamakannya sebagai Diamond Edge.
http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/04/samsungbladeedge_02.jpg
Bahagian badannya menggunakan ceramic khusus yang telah dipatenkan dan dikatakan lebih kukuh daripada logam tetapi lebih ringan daripada plastik. Bahagian pemegangnya pula boleh dilipat untuk menjadikan ia bersaiz telefon pintar.
Untuk ciri-ciri keselamatan pula, Samsung mengintegasikan sensor darah manusia untuk mengelakkan ia digunakan untuk tujuan yang salah. Samsung mengatakan jika ia mengenal pasti darah manusia, peranti tersebut akan membuat panggilan kecemasan automatik kepada pihak berkuasa – dan pengguna perlu mengimbas cap jari, memasukkan kata laluan serta menyanyikan lagu rawak daripada Milk Music untuk menghentikan panggilan tersebut.
Ciri lain yang disertakan adalah termasuk sokongan kalis air dan api, selain turut dilengkapi dengan S-Thermometer yang berfungsi sebagai stylus dan digunakan untuk menyemak suhu masakan.

Seperti biasa, ini hanya lawak bersempena 1 April daripada Samsung, dan peranti ini semestinya sekadar idea untuk April Fool sahaja.

http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/04/samsungbladeedge_01.jpg
kredit:www.amanz.my

                                                                                                                                          
                                                                                                                                                               
                        
Pages: [1]
View full version: Samsung Hadir Dengan Galaxy BLADE Edge – Pisau Pintar Untuk Tukang Masak


ADVERTISEMENT