Nusantara77 Publish time 31-3-2015 08:47 AM

Google Malaysia Melancarkan Laman Carian Versi Yang Lebih Ringan Dan Pantas

Google Malaysia Melancarkan Laman Carian Versi Yang Lebih Ringan Dan Pantas Untuk Peranti Mudah-Alih
Dengan perkembangan arena mudah-alih, Google juga turut berusaha untuk hadir dengan pelbagai penambah-baikkan dalam menjadikan web lebih pantas pada skrin kecil. Terkini, Google Malaysia mengemaskini penawaran laman carian versi mudah-alih, dan mengatakan kini ia boleh diakses dengan lebih pantas.
Google mengatakan kini laman carian mereka beroperasi dengan lebih pantas walaupun untuk mereka yang mempunyai sambungan internet yang perlahan pada peranti mudah-alih mereka. Kemaskini ini ditawarkan secara automatik dalam menawarkan hasil carian kepada pengguna.

http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/googlemalaysiasearch-lite.jpg

Melalui perubahan ini juga, jika anda mempunyai sambungan internet yang perlahan, maka gambar, peta dan sebagainya tidak akan diperlihatkan pada carian utama – sekaligus memudahkan pengguna untuk mengetahui berkenaan sesuatu perkara tersebut dengan pantas tanpa perlu menunggu masa yang lama. Tetapi, jika akses internet anda adalah pantas, maka ia akan diperlihatkan seperti biasa.

Google Malaysia mengatakan ini merupakan salah satu langkah mereka dalam terus memudahkan pengguna untuk mengakses informasi walau apa jua keadaan dan pada bila-bila masa dengan pantas.

kredit:www.amanz.my


Pages: [1]
View full version: Google Malaysia Melancarkan Laman Carian Versi Yang Lebih Ringan Dan Pantas


ADVERTISEMENT