Nusantara77 Publish time 31-3-2015 08:45 AM

DirectD Buka Mega Store Untuk Peranti Mudah-Alih – Paling Besar Di Malaysia

   Bagi anda yang sering membuat belian atas-talian, mungkin nama DirectD bukan sesuatu yang asing. Mereka sedia mempunyai beberapa kedai fizikal, dan hari ini mereka telah membuka kedai yang ke-6 di Malaysia. Menariknya, kedai yang meliputi tapak seluas 18,000 kaki ini turut dikatakan sebagai megastore paling besar untuk peranti mudah-alih di Malaysia.

http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/directd-megastore.jpg

Pada megastore DirectD ini, pengguna boleh melihat dan mencuba sendiri peranti-peranti daripada jenama terkemuka, selain turut melihat aksesori untuk peranti, dan memudahkan pengguna untuk membuat bayaran bil telekomunikasi dan sebagainya.
DirectD mengatakan “DirectD Gadget Mega Store” ini merupakan pusat sehenti untuk pelbagai perkara melibatkan peranti mudah-alih, dan bangunan dua tingkat ini menawarkan pelbagai perkara untuk para pengguna.

DirectD Gadget Mega Store ini terletak di Lebuhraya Persekutuan, bersebelahan dengan pusat khidmat Mazda. Mega Store ini dibuka sepanjang tahun dari pukul 9 pagi ke 9 malam.

kredit:www.amanz.my

                                                                                                                                          
                                                                                                                                                               
                        
Pages: [1]
View full version: DirectD Buka Mega Store Untuk Peranti Mudah-Alih – Paling Besar Di Malaysia


ADVERTISEMENT