Nusantara77 Publish time 31-3-2015 08:35 AM

MediaTek Hadir Dengan Cip 64-bit Untuk Peranti Berspesifikasi Tinggi – Helio X

Edited by Nusantara77 at 31-3-2015 08:38 AM

MediaTek boleh dikatakan salah satu cip pemprosesan yang digunakan oleh kebanyakkan peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah di pasaran. Namun, dengan aliran teknologi dari hari ke hari, MediaTek juga telah mula digunakan pada beberapa peranti berspesifikasi tinggi.

http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/mediatek-helio.jpg

Terkini, MediaTek turut menambah portfolio penawaran cip pemprosesan mereka dengan memperkenalkan sebuah cip baru berasaskan 64-bit, iaitu Helio X.
Helio X ini membawakan pelbagai sokongan untuk peranti flagship, iaitu penggunaan lapan-teras, sokongan LTE, dan juga sokongan 4K. Cip Helio X10 yang hadir buat masa ini adalah MT6795W dan hadir dengan kepantasan pemprosesan sehingga 2.2Ghz, selain menggunakan rekaan 28nm.

MediaTek mengatakan dua siri akan ditawarkan dibawah keluarga Helio ini, dimana Helio X memfokuskan kepada “Extreme Performance”, sementara Helio P pula pada “Premium Performance” – yang lebih memfokuskan kepada kuasa pemprosesan dan juga membawakan rekaan peranti yang nipis.
Helio X10 akan dilancarkan terlebih dahulu pada bulan April ini, dan kita mungkin akan lihat pengenalan cip Helio yang lain pada masa akan datang.
Sumber Rujukan: Liliputing
kredit:www.amanz.my


Pages: [1]
View full version: MediaTek Hadir Dengan Cip 64-bit Untuk Peranti Berspesifikasi Tinggi – Helio X


ADVERTISEMENT