Nusantara77 Publish time 31-3-2015 08:31 AM

GMail Untuk Android Kini Memudahkan Anda Melihat Inbox Daripada Semua Akaun

GMail untuk Android telah pun menyertakan sokongan menggunakan lebih daripada satu akaun untuk suatu masa yang lama, namun untuk melihat emel semasa daripada semua akaun, pengguna masih perlu memilih sesuatu inbox secara manual, dan tidak boleh melihat semuanya dengan mudah.

http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/all-inboxes.jpg

Perkara tersebut berubah hari ini, dimana Google telah pun memperkenalkan sebuah fungsi yang dinamakan sebagai “All Inboxes”. Dengan memilihnya, ia memaparkan semua emel yang diterima anda pada pelbagai akaun GMail dengan mudah, dan turut boleh melihatnya mengikut susunan masa anda menerima sesuatu emel. Sokongan ini bukan sahaja terhad kepada akaun GMail anda, tetapi turut membolehkan anda melihat emel yang diterima daripada emel Yahoo!, Outlook dan sebagainya.

Disamping itu, kemaskini GMail untuk Android juga turut membawakan beberapa penambah-baikkan yang lain, termasuk sokongan carian yang lebih pintar, selain kebolehan untuk menyimpan fail yang diterima terus ke Google Drive dengan mudah.

kredit:www.amanz.my


Pages: [1]
View full version: GMail Untuk Android Kini Memudahkan Anda Melihat Inbox Daripada Semua Akaun


ADVERTISEMENT