Nusantara77 Publish time 28-3-2015 11:36 PM

Gambar Telefon LG Yang Tidak Diumumkan Tertiris

Gambar Telefon LG Yang Tidak Diumumkan Tertiris – Mungkinkah LG G4 Atau G4 Note?
Dengan pengumuman pelbagai peranti baru daripada pengeluar-pengeluar telefon seluruh dunia, semestinya ramai yang menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh pengeluar telefon dari Korea Selatan, LG. Pada tahun lepas, mereka telah memperkenalkan LG G3 yang menerima pujian ramai, dan kini pengguna menantikan pengenalan LG G4.
http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/lg-g4-tertiris.jpgInfo berkaitan dengan LG G4 telah tertiris sedikit demi sedikit sejak beberapa minggu lepas, dan kini beberapa gambar hadir tertiris ke arena web memperlihatkan sebuah telefon baru baru daripada LG yang masih tidak diumumkan lagi.
Beberapa desas-desus mengatakan ia berkemungkinan adalah LG G4. Tetapi pada masa yang sama, memandangkan pada bahagian baseband, ia memperlihatkan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 610 – maka mungkin ia bukan peranti flagship daripada LG, sebaliknya berkemungkinan salah satu variasi dibawah keluarga LG G4 kelak.
Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi, memandangkan LG G4 dijangka akan diumumkan secara rasmi sekitar bulan April ini.SUMBER RUJUKAN: ENGADGET
SUMBER GAMBAR: XDA
kredit: www.amanz.my



Pages: [1]
View full version: Gambar Telefon LG Yang Tidak Diumumkan Tertiris


ADVERTISEMENT