Nusantara77 Publish time 28-3-2015 11:12 PM

GST : Oppo Akan Menanggung Cukai Tambahan

Pada minggu hadapan, Malaysia akan mula mengimplementasikan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) untuk pelbagai produk bermula 1 April kelak, dan tidak ketinggalan adalah produk-produk seperti gajet, telefon pintar, tablet dan sebagainya. Beberapa syarikat telah mula mengeluarkan kenyataan berkaitan dengannya, dan kini Oppo Malaysia turut tidak ketinggalan.
http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/GST-1.jpg
Melalui kenyataan yang dihantar oleh Oppo kepada kami, mereka mengatakan mereka tidak akan naikkan sebarang harga peranti, dan masih mengekalkan harganya seperti sebelum ini. Sebaliknya untuk kenaikkan cukai, mereka akan menanggungnya dan tidak memberikan bebas kepada pengguna.Bercakap mengenai Oppo Malaysia, dua peranti baru yang telah dilancarkan oleh mereka untuk pasaran tempatan adalah Oppo R5 dan juga Oppo Find 7. Kedua-duanya hadir dengan beberapa ciri-ciri menarik termasuk sokongan pengecasan pantas melaluinya.
http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/oppogst.jpgkredit:www.amanz.my
Pages: [1]
View full version: GST : Oppo Akan Menanggung Cukai Tambahan


ADVERTISEMENT