yipun_78 Publish time 7-7-2015 07:21 AM

best cerpen Ipo kali ni.... selalu x menjemukan i

Esmiria Publish time 7-7-2015 09:12 AM

Ipo replied at 7-7-2015 12:50 AM
#3




ok.suspek

Darwis
Irene
Lover Darwis



Lover darwis maybe pernh kna gangbang dgn jantan x guna tu. Then dia nk balas dendam. Tetapi,belum sempat dia balas dendam,

lelaki yang menyaksikan kejadian gangbang tu yg membuat mereka berdya mati. Rupa2nya Darwis yang buat jantan2 tu mati tpi dia ada split personality.Muahaha. Irene sure ada kaitan dengan semua ni. Penulis tak saja2 bangkit watak ni. Atau mungkin Irene pernah dimainkan salah seorang dari jantan2 x guna tu.


pandey pandey je aku ni. Muahahaha.






























kakZue Publish time 7-7-2015 04:19 PM

Best la ipo...tq yer ipo bg halwa bacaan yg best ni..

Ipo Publish time 7-7-2015 06:36 PM

Esmiria replied at 7-7-2015 09:12 AM
ok.suspek

Darwis


ko ni..gangbang sajeeeeeeeeee{:1_556:}

Ipo Publish time 7-7-2015 08:18 PM

Edited by Ipo at 7-7-2015 08:27 PM

TIBA di rumah sewanya di sebuah rumah pangsa, Darwis menyambung semula melihat gambar-gambar yang diambil. Fikirannya melayang pada perbualannya dengan Joe tadi. Joe banyak tahu mengenai kejadian jenayah dan itu tidak mustahil kerana Joe ada sumbernya tersendiri. Malah setiap kali dia hendak mencari bahan berita, Joe yang selalu menolongnya dalam hal itu. Sambil melayan fikiran, Darwis menjenguk ke arah tingkap biliknya. Bulan agak cerah. Teringat pula ketika kejadian Dr. Razif dan Jeff yang dikatakan bunuh diri itu, malam mereka dikatakan bunuh diri itu, bulan mengambang penuh. Apakah ianya kebetulan, kedua mangsa mati pada waktu bulan mengambang??

"Pelik..mungkin juga betul kata ustaz tu. Kes ni mungkin ada kaitan dengan benda mistik. Masa aku ke klinik Dr. Razif pada malam kejadian, bulan mengambang penuh. Malam Jeff terjun dari tingkap pun, bulan mengambang jugak." Darwis cuba kaitkan dengan kejadian dua kes itu dengan mistik.

Setahunya, bulan mengambang itu selalunya akan terjadi bomoh atau pengubat tradisional yang membaca mentera atau jampi. Kononnya untuk menjadikan mentera dan jampi itu lebih berkesan di waktu bulan mengambang. Padanya itu semua mitos!

"Aku kena korek dari Danny. Aku pasti, lambat laun Danny punakan jadi mangsa juga. Kalau melibatkan pembunuh, senang nak siasat tapi kalau melibatkan benda mistik, memang payah." Darwis berkata sendiri. Mata masih melihat bulan penuh di dada langit. Kelihatan daun nyiur meliuk lentuk ditiup angin malam. Bunyi desiran angin mengenai cermin tingkap biliknya.

Terkejut sebentar bila diganggu dengan bunyi deringan telefon bimbit. Darwis capai dari atas meja kerjanya. Tersenyum lebar pabila melihat nama yang terpapar di skrin. Panggilan itu segera dijawab dan perbualan itu berlangsung selama setengah jam. Usai berbual, talian diputuskan.

"Haih..." Darwis menggeleng sambil mengukir senyum.

Selama ini dia tidak pernah ada rasa rindu dan sayang seperti itu. Panggilan dari buah hati itu tadi cukup menghilangkan rasa rindunya pada gadis itu. Memang dia jarang berjumpa. Kalau berjumpa sekalipun, bukan hal perasaan dibicarakan. Perbualan mereka lebih menjurus kepada hal kerja, novel dan foto.

Esok, dia akan berjumpa gadis itu di tempat yang ditetapkan. Hanya hari minggu sahaja dia dapat berjumpa dengan gadis itu. Itupun boleh dikira dengan jari.



BIBIR mengukir senyum sebaik terpandang gadis yang dikasihi itu sudah menunggunya di satu sudut di medan selera KLCC. Darwis menapak ke arah medan selera yang sekarang ini sudah dipenuhi dengan pengunjung yang ingin menjamu selera di situ. Memang waktu begini, medan selera akan penuh. Dia memberi salamsebaik tiba di meja.


"Duduklah.." Pelawa Aisya.


"Dah order makanan belum?" Darwis masih berdiri, mata melihat ke arah meja yang kosong. Hanya ada sebuah notepad, nota kecil dan sebatang pen. Dia sudah masak benar dengan sikap gadis itu yang setia dengan semua itu walau ke mana saja dia pergi.


"Belum..tunggu awak." Aisya mengukir senyum.


Sejuk mata memandang. Darwis membalas senyuman Aisya yang jelas menampakkan lesung pipit di pipi kirinya. Sejak pertama kali kenal dengan gadis itu, hatinya sudah terpaut dengan kesopanan dan keayuan gadis berkulit kuning langsat dan ada lesung pipit di kiri pipi. Entah kenapa setiap kali bersua dengan gadis itu yang pertama kali dikenali di sebuah perjumpaan wartawan dan penulis novel, dia seakan ingin mengenali dengan lebih mendalam. Pertemuan demi pertemuan membuatkannya teringat-ingat pada gadis itu. Ternyata gadis itu juga mempunyai rasa yang sama dan kini hubungan mereka sudah melangkah ke tahun pertama.


"Nanti saya order dulu." Darwis segera ke gerai Noodles, dia sudah tahu makanan kegemaran gadis itu, Mee Wantan Sup dengan wantan goreng.


Usai membeli dua mangkuk mee wantan sup, Darwis kembali ke meja Aisya. Satu mangkuk disua kepada Aisya. Dia duduk berhadapan dengan Aisya yang masih menatap notepad.


"Sudahlah tu..time makan, kena makan. Letak tepi dulu semua tu.." Notepad kepunyaan Aisya dicapai dari tangan Aisya dan diletakkan di tepi.


Mereka berdua bersama menikmati hidangan petang itu bersama sambil berbual mesra dari satu topik ke satu topik.


“Macam mana dengan novel?” Darwis hirup jus epal yang dibeli tadi. Aisya pula pesan jus karot.
“Alhamdulillah..hampir siap. Awak doakan Sya ya. Novel kali ni susah sikit. Sya dah ubah jalan cerita.” Riak Aisya mula ceria bila bercerita tentang novel terbaharunya.
“Hmm..novel kali ni pasal apa pula?”
“Sya nak buat genre seram dan pembunuhan pula. Asyik novel cinta je sebelum ni.” Aisya sengih.
“Kan sekarang ni novel cinta jadi tumpuan. Tengok saja drama kat tv tu, semuanya diadaptasi dari novel cinta. Apa salahnya Sya teruskan dengan novel cinta. Habis tu, kalau novel thriller dan seram ni, ada ke yang nak baca?” Darwis pandang Aisya yang manis berbaju kurung biru. Rambut yang lebat hitam melepasi bahu dibiarkanmengurai. Cantik!
“Mestilah ada! Tak semua suka novel cinta. Ada yang suka cerita thriller,seram dan fantasi ni. Memang ada kelompok yang baca novel macam ni. Sya percaya dengan novel sulong genre thriller ni, Sya akan menarik kelompok ini untuk membeli novel Syananti dan mempunyai peminat sendiri.”
Darwis hanya senyum. Gadis itu begitu yakin berkata-kata tetapi tidak mustahil kerana novel cinta yang sudah diterbitkan dan sudah mula berada di pasaran sering mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pembaca novel. Jadi, tidak mustahil juga novel kali ini,Sya akan membina kelompok peminatnya yang tersendiri. Apa pun dia perlu memberi sokongan kepada gadis itu.
“Kalau ada apa-apa berita, awak bolehlah kongsi dengan Sya. Sekarang ni Sya nak sangat cerita pembunuhan dan seram ni. Masih belum ada idea ni nak sambung..” Sya sengih. Dia perlu berbuat baik dengan Darwis yang bekerja sebagai wartawan jenayah merangkap jurugambar.
“Nanti saya bagi. Mana yang confidential tu, tak boleh la. Kalau dah jadi kes polis, saya tak boleh reveal semuanya. Lainlah kalau Sya tukar watak dan tambah jalan cerita supaya lebih menarik. Jangan pula sama dengan berita yang saya ada tu.” Darwis jeling Sya yang sudah mula tersenyum lebar.
Selesai menjamu selera di situ, Darwis dan Aisya mula beredar dari situ dan bersiar-siar pula di sekitar pusat belibelah KLCC itu. Darwis hanya tersenyum melihat gelagat Aisya yang begitu beria membeli itu ini. Aisya menulis novel hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Gadis itu sebenarnya bekerja di sektor kerajaan sebagai pegawai tadbir.Selain dari itu dia belum lagi meneroka kehidupan gadis itu.Apa yang dia tahu, gadis itutinggal di Kuala Lumpur ini di sebuah rumah sewa di Cheras.
"Sya..kalau saya masuk meminang Sya macam mana?" Darwis luahkan hasrat hati yang sudah lama ingin disampaikan pada gadis itu.
"Meminang?" Aisya sedikit terkejut. Tidak sangka, Darwis serius dalam hubungan mereka. Padanya dia belum bersedia untuk itu dan untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ini, rasanya tidak mungkin. Masih banyak lagi perkara yang dia belum selesaikan.
"Ya, kenapa? Tak suka ke saya masuk meminang? Sya..saya bukan apa...tak elok kita macamni selalu. Kalau dah nikah nanti, nak keluar macam ni selalu pun dah halal untuk kita. Tak ada orang mengata.” Darwis memujuk.
“Berilah Sya masa dulu. Sya nak siapkan noveldulu. Lepas tu, kita nikah. Deal?” Aisya melemparkan senyuman manja.
“Bila novel tu nak siap?”
“Sekarang ni Sya tengah kumpul bahan cerita. Setakat ni dah hampir separuh novel tu siap. Rasanya dalam sebulan dua lagi siaplah. Awak tunggu je la..”Aisya sengih lagi. Dia mengenyit mata. Suka sebenarnya mengusik jejaka tinggi lampai itu.
Darwis sengih. Haih...ni yang lemah ni. Lemah bila berhadapan dengan sikap perempuan yang merengek manja begitu. Terpaksalah dia mengalah. Ikut sahaja rentak gadis itu. Alah, sebulan dua lagi bukannya lama.Pejam celik je!
“Selain dari saya, mana Sya dapat bahan semua tu?” Darwis mula ubah topik. Jawapan Aisya tadi sudah cukup lega buatnya.
“Adalah! Kawan Sya kan ramai! Ada yang ada pengalaman sendiri. Jadi, Sya ambillah sedikit. Cedok sana, cedok sini.”Riak Aisya sudah mula teruja bila menyentuh soal novel terbaharunya.
Darwis mengangguk-angguk.
“Oh ya, pasal kes doktor muda dulu tu, Sya ada masukkan juga babak tu dalam novel Sya dan pasal kes bunuh diri akauntan tu pun, Sya ada masukkan sekali.” Aisya berkata dengan riak teruja. Dia memang terujabila mendapat tahu kes itu. Itu semua menjadi inspirasi dan cabaran untuknya mengarang novel bergenre thriller misteri.
“Ya?” Darwis pantas memandang Aisya yang sudah tersenyum lebar.
Aisya hanya mengangguk.
“Hmm...boleh saya baca?”
“Mana boleh! Nanti tak ada surprise la!” Aisya sekali lagi mengenyit mata. Dia tahu Darwis juga minat menulis dan pernah menjadi pengarang dalam majalah semasa di universiti dulu.
“Saya bukan apa...mana tahu Sya tambah macam-macam nanti. Macam benda mistik ke sebab kematian mereka tu kan masih menjadi tanda tanya. Sya dah ada idea untuk penamatnya ke?” Darwis mula berminat. Sebelum ini dia tidak ambil kisah langsung mengenai novel karya gadis itu,apalagi novel cinta. Memang tak pernah nak ambil tahu atau ambil peduli, apa lagi hendak membaca atau membeli. Malah nama pena gadis itu pun dia tidak pernah tahu. Baginya itukerjaya Aisya dan dia hanya menyokong dari belakang.
“Mana boleh beritahu! Kan surprise!” Aisya masih berdegil tidak mahu mendedahkan jalan cerita novelnya.
Darwis senyum hambar. Serius pulak minah ni!
Puas merayap di pusat beli belah itu,mereka berdua mula pulang ke rumah dengan kereta masing-masing. Memang selama berkawan, mereka tidak pernah berkongsi kereta. Aisya lebih senang memandu sendiri ke tempat yang dijanjikan. Itu kehendak Aisya sendiri. Kadang-kadang Darwis terfikir juga dengan sikap Aisya yang jauh berbeza dari gadis lain.Jika sudah ada hubungan seperti itu, selalunya perempuan lebih berjemput dan berhantar oleh kekasih hati tetapi tidak bagi Aisya. Dia juga terpaksa akur dengan kehendak Aisya. Itu juga baik untuknya supaya tidak selalu berdua dengan gadis bukan mahram. Sepanjang setahunitu juga, mereka hanya tiga kali sahaja keluar berdua, itupun di tempat orang ramai.
Bunyi nada teks mesej masuk. Darwis yang baru sahaja hendak menghidupkan enjin kereta, mula membaca mesej yang diterima. Mesej dari Danny. Berkerut dahinya membaca mesej itu. Enjin segera dihidupkan dan kereta dipandu menuju ke tasik Titi Wangsa. Danny sudah menunggunya di sana. Sampai di tasik, Darwis sudah tahu di mana hendak mencari Danny. Dari tempat letak kereta dia sudah nampak kelibat Danny yang sedang membuang pandang ke arah tasik. Dia mengatur langkah memghampiri Danny.
"Ada apa nak jumpa abang kat sini?" Sapa Darwis.
Danny berpaling. “Saya mimpi lagi..”
“Mimpi? Maksud kau, mimpi kena bunuh lagi?” Darwis menelan liur, Sebelum ini, sudah banyak kali Danny memberitahunya mengenai mimpi yang dialaminya boleh dikatakan hampir setiap minggu selepas kejadian kematian Razif dan Jeff.
Danny mengangguk. Mukanya sudah pucat.
“Danny, cuba beritahu abang. Apa sebenarnya yang berlaku?” Darwis semakin rapat dengan adik kembarnya, tangan diletakkan atas bahu Danny. Danny sudah tunduk memandang rumput yang menghijau di tasik itu.
“Semalam, saya terima panggilan dariZamrul. Dia beritahu, dia terima nota yang mengugut untuk membunuhnya. Saya takut la bang. Dulu, Razif dan Jeff yang mati. Sekarang niZamrul pula yang kena ugut.” Danny menekup muka.
Darwis terdiam seketika. Dia masih tidak faham apa yang berlaku sebenarnya.
“Err..nota macam mana maksud kau?” Darwis kembali bersuara.
“Entah, tak berapa jelas. Sekejap lagi Zamrul datang ke sini. Saya sudah call diatadi. Abang kena tolong saya. Abangkan wartawan bahagian jenayah. Tentu abang boleh siasat hal ni.” Danny mendongak, mengharapkan abangnya dapat membantunya menyelesaikan masalah yang semkin parah dan merebak itu.
“Kauingat senang ke nak siasat? Abang bukan polis.Lainlah kalau abangni polis, abang boleh siasat tanpa ada rasa bersalah dan sekatan mana-mana.” Darwis memarahi Danny. Senang benar adiknya bercakap tentang hal itu.
“Tolonglah. Saya dah buntu ni. Saya tak nak polis tahu sebab benda ni macam pelik sikit. Razif dan Jeff mati tanpa ada bukti kukuh mereka dibunuh. Macam ada perkara mistik. Sekarang ni entah apa yang berlaku pada Zamrul.” Danny menekup muka. Dia semakin takut. Sesekali dia jeling Darwis di sebelah. Patutkah aku beritahu Darwis tentang rahsia itu? Patutkah aku bongkar semuanya???

Esmiria Publish time 7-7-2015 09:10 PM

Ipo replied at 7-7-2015 08:18 PM
TIBA di rumah sewanya di sebuah rumah pangsa, Darwis menyambung semula melihat gambar-gambar yang di ...

Ipo.dlm byk2 karya ko. yg ni aku pling suka sbb kna taste aku.yg lain aku cm ngeluh bca coz ada cintan..hmm


And unsur zina tu ada.best.buat karya ini lgi pns. :)




thnks sbb tulis cter ni.






Ipo Publish time 8-7-2015 10:39 AM

Esmiria replied at 7-7-2015 09:10 PM
Ipo.dlm byk2 karya ko. yg ni aku pling suka sbb kna taste aku.yg lain aku cm ngeluh bca coz ada ci ...

ko ni kenapa cik Es oi?
suka citer gitu..

Ipo Publish time 8-7-2015 10:40 AM

Esmiria replied at 7-7-2015 09:10 PM
Ipo.dlm byk2 karya ko. yg ni aku pling suka sbb kna taste aku.yg lain aku cm ngeluh bca coz ada ci ...
double post..

Ipo Publish time 8-7-2015 10:41 AM

Edited by Ipo at 8-7-2015 10:42 AM

"Danny.."

Danny dan Darwis berpaling. Zamrul sudah berdiri di sebelah mereka. Sugul wajah Zamrul.Tanpa disuruh, zamrul menghulurkan sekeping kertas kepada Danny. Danny pula menghulurkan kertas itu kepada abangnya.


"Nota?" Darwis mendongak melihat Zamrul dan Danny silih berganti.


"Ya..saya terima semalam." Nada Zamrul seperti ketakutan.


Darwis membuka lipatan kertas itu. Satu ayat pendek tertulis di atas kertas sekeping itu dengan bertaip menggunakan mesin taip lama.


'You are next!'


"Nota ni..mana dapat?" Tanya Darwis lagi.


"Dalam letter box rumah saya.." Zamrul menjawab gementar.


Danny masih tunduk dari tadi. Perbualan abangnya dengan Zamrul sudah tidak dihiraukan. Otaknya ligat memikirkan apa yang harus dilakukan. Zamrul sudah diugut sebegitu rupa dan dia percaya semua itu ada kaitan dengan gadis itu. Razif dan Jeff sudah mati.


"Emm...pelik. Siapa ya yang hantar nota ni?" Darwis menggaru dagu. Dahi berkerut. Apa yang pasti, tulisan bertaip menggunakan mesin taip lama itu sama dengan nota yang dijumpai di sisi mayat Dr. Razif dulu.


"Abang...tolong kami siasat hal ni.." Danny pandang abangnya tidak berkelip.


Darwis pandang Danny dan Zamrul silih berganti. "Aku akan tolong tapi korang kena beri kerjasama. Razif dan Jeff sudah mati. Kawan baik korang sendiri. Aku rasa ada sesuatu yang korang rahsiakan."


Zamrul dan Danny saling berpandangan. Mata tidak berani menentang mata Darwis yang masih menunggu kata-kata dari mulut mereka. Berat untuk mereka menceritakan perkara sebenar. Jika terbongkar, bererti segalanya akan terdedah.


"Kalau korang masih nak zip mulut, aku tak akan tolong." Ugut Darwis setelah melihat keduanya diam bila diaju hal itu.


"Kami tak buat apa-apa..." Danny berkata perlahan.


"Kalau korang tak buat apa-apa, kenapa ada nota ugut macam ni?" Darwis menengking. Geram dengan sikap Danny yang masih tidak mahu memberi kerjasama.


"Baiklah. Aku akan cuba siasat tapi kalau jadi apa-apa nanti, jangan salahkan aku." Darwis bingkas dari duduknya dan dia beredar dari situ.


Danny meraup muka. Zamrul pula duduk di sebelah Danny, satu keluhan panjang dilepaskan. Sungguh dia tidak berani bongkarkan semua itu. Riak Danny tadi yang tidak membenarkan dia berbuat begitu. Ikut hati, mahu saja dia ceritakan apa yang telah berlaku.


"Danny..kenapa kau tak berterus terang saja dengan abang kau? Kau tahu tak, nota tu ugut aku. Aku tak nak mati macam Razif dan Jeff tu! Kita kena sedia hadapi semua ni Danny. Kau faham tak??" Zamrul mengetap bibir.


"Ya, aku faham tapi kau kena ingat, once benda ni dah reveal, kau, aku dan Kyle akan masuk penjara tahu tak?!" Tinggi suara Danny dengan mata bulat memandang Zamrul.


"Aku lebih rela masuk penjara dari jadi mangsa sihir perempuan tu! Kau sendiri yang beritahu aku, ada bayang perempuan yang merasuk Razif dan Jeff. Kau nak mati bunuh diri???" Geram Zamrul dengan Danny yang masih tidak mahu mendedahkan perkara sebenar.


"Sudahlah. Kita tunggu siasatan dari abang aku dulu." Danny mencengkam rambutnya yang sudah semakin kusut.


Zamrul pula beredar dari situ. Dia juga sudah buntu memikirkan apa yang sudah terjadi.


Dannymelepaskan keluhan panjang. Bila teringat zaman gila-gila ketika menuntut dulu, memang seronok tetapi semua itu menjadi punah dengan kehadiran gadis kampung itu. Segalanya bertukar rentak. Hidup diselubungi rasa takut setelah apa yang terjadi pada gadis itu namun semua itu hanya sementara. Sikap suka berseronok dan berfoya-foya mereka kembali seperti dulu. Malah sikap itumasih terbawa-bawa sehingga ke hari ini setelah lebih dua tahun bekerja. Cuma, perjumpaan mereka berlima mula terbatas setelah masing-masing sibuk dengan kerjaya. Jarang berjumpa dan berseronok seperti dulu. Bila terjadi kematian tidak masuk akal pada Razif dan Jeff, rasa takut seperti dulu kembali menghantui.
Pertanyaan Zamrul semalam cukup membuatkannya tercari-cari jawapan atas semua yang berlaku kepada Razif danJeff. Masih segar di ingatan, kenangan mereka berlima bercuti di sebuah kampung yang agak terpencil di Hulu Perak.Kampung Senduduk yang mempunya landskap yang cantik dan sebatang sungai dengan air terjun di hujung kampung. Mereka berlima berkhemah di kawasan sungai itu dan di situlah segalanya bermula. Razif berkenalan dengan seorang gadis cantik yang kebetulan sedang membasuh baju di tebing sungai. Mungkin gadis itu salah seorang penduduk kampung Senduduk, melihatkan pada penampilannya yang memakai baju kurung persis seorang gadis pingitan. Razif yang terkenal dengan sikap buaya darat itu cuba menggoda gadis itu dan mereka yang lain sudah tahu niat Razif.

Danny senyum sendiri. Masih terbayang di ruang mata, Razif melayan gadis itu dengan penuh mesra. Dia tahu Razif hanya berlakon. Razif hanya nak main-mainkan perasaan gadis itu. Dia kenal sangatdengan sikap Razif. Tidak pernah serius dalam setiap hubungan dengan perempuan.Di kampus saja, berapa ramai pelajar perempuan yang tergila-gilakan Razif dan itu semua hanya untuk main-main dan berseronok. Jadi dia tahu kesudahan cerita cinta kilat Razif dengan gadis itu ketika itu.
Baru kini dia sedar, semua itu mengundang bala untuk mereka semua. Razif terlebih dahulu menjadi mangsa. Muka diraup lama. Danny tunduk memandang rumput. Kini baru dia tahu langit tinggi rendah. Tidak sangka, gadis kampung itu rupanyasatu universiti dengan mereka. Sejak kejadian di sungai itu, Razif sering mengelak dari berjumpa gadis itu di kampus. Bila ditanya, Razif sering mengelak dari menjawab. Kalau Razif tidak merosakkan gadis kampung itu, kenapa gadis itu begitu inginkan Razif bertanggungjawab?Razif seperti biasa, dia hanya buat bodoh saja. Malah, langsung dia tidak melayan gadis itu yang sudah hilang punca. Razif yang sudah bengang dengan sikap gadis itu yang suka memaksa, dia membuat satu rancangan dan rancangan itu disambut penuh teruja oleh mereka semua tanpa ada rasa bersalah sedikitpun.
"Memang aku yang bodoh..kenapa aku ikut rancangan gila Razif dulu?" Danny semakin menyesal. Tanpa sedar titis jernih membasahi pipi.
Sekarang ini menyesal pun tidak berguna. Apa yang harus dia lakukan adalah kembali pada jalan Allah yang selama ini sudah dilupakan. Jauh dari ajaran agama. Hanya mendekatkan diri pada Allah sajalah yang boleh membuatnya merasa tenang dan ketika itujika nyawanya dicabut, dia redha. Danny bingkas bangun dan melangkah lemah menuju ke kereta. Dia nekad untuk berubah.




Esmiria Publish time 8-7-2015 11:24 AM

Ipo replied at 8-7-2015 10:41 AM
"Danny.."

Danny dan Darwis berpaling. Zamrul sudah berdiri di sebelah mer ...

Gadis tu confirm irene.ehem

Ipo Publish time 8-7-2015 12:17 PM

Edited by Ipo at 8-7-2015 12:23 PM

#4


HAMPIR DUA bulan berlalu. Tiada apa-apa yang pelik berlaku. Nota ugut untuk Zamrul juga tiada apa-apa tindakan dari pengugut itu. Semuanya berjalan seperti biasa. Penat seharian mengadap kertas kerja, Danny pulang tepat jam lima petang. Kereta diparkir di halaman rumah. Danny jeling kereta Mercedes hitam milik ayahnya yang sudah tersadai di garaj. Dia pandang pula kereta Toyota kelabu milik abangnya turut tersadai di sebelah Mercedes hitam itu.
Danny melangkah malas ke ruang tamu.Entah apa yang mereka akan tanya lagi nanti.Walau ditengking sekalipun, dia tidak akan membuka rahsia itu. Itu rahsia yang terpaksa disimpan dan mereka berlima sudah berjanji tidak akan membuka rahsia itu sewenangnya demi keselamatan masing-masing. Namun rahsia itu jugalah yang menjadi punca kematian Razif dan Jeff. Mungkin kerana rahsia itu juga menyebabkan kehidupan mereka mula menjadi kucar kacir.
Langkah Danny terhenti sebaik terpandang wajah papa dan abang yang sudah sedia menunggunya di set sofa diruang tamu yang luas itu. Dia menyambung langkah dan duduk di depan abang dan papa.
Datuk Lukman hanya melihat tingkah Danny yang sudah hambar lagaknya. Seolah tiada apa yang pelik berlaku sebelum ini. Padahal sudah dua orang kawan rapatnya meninggal dalam jangka masa tidak sampai dua bulan.
“Kerja yang papa suruh buat tu dah siap?” Datuk Lukman mulakan mukadimah urusan kerja.
Danny menjeling. Apa hal papa aku ni?Soal kerja pula ditanya masa di rumah. Mana peraturan yang dia buat dulu? Soal kerja tidak boleh dibawa ke rumah dan soal rumah tidak boleh dibawa ke tempat kerja!
“Dah..” Danny jawab juga. Malas nak bertekak.
“Bagus. Mulai minggu depan, Darwis akan mula bekerja sepenuh masa di syarikat kita. Papa nak Danny dan Darwis sama-sama mengendalikan kerja dan projek yang baharu kita dapat. Papa kekurangan pekerja yang mahir dalam bidang ni. Jadi, Danny kena bekerjasama dengan Darwis nanti.” Datuk Lukman senyumlebar. Lega bila Darwis setuju bekerja sepenuh masa di pejabat.
“Ya Danny. Abang akan mula kerja minggu depan. Jadi apa-apa yang abang perlu tahu, kau serahkan fail sahaja. Nanti abang periksa dokumen tu semua.” Darwis mengiakan kata papa.
Danny lega. Bukan lega kerana Darwis sudah mula bekerja di pejabat tetapi lega kerana bukan soal kes kematian misteri Razif dan Jeff yang jadi bahan topik. Dia sudah penat berdolak dalik.
“Tapi...macam mana dengan kerja abang tu? Wartawan tu?” Danny pula risau mengenai siasatan ke atas nota yang diberikan oleh Zamrul yang dia suruh Darwis lakukan dulu.
“Oh..itu abang dah bagi surat resign tapi abang masih boleh jadi part timer kat sana jika diperlukan.”Darwis menjawab perlahan. Mata tepat memandang Danny yang sudah gelisah.
Danny lega. Bermakna siasatan itu masih berjalan.
Datuk Lukman mula minta diri untuk ke bilik. Danny hanya memerhati papa menapak naik ke tingkat atas. Bila kelibat papa sudah hilang dari pandangan, dia mula duduk di sebelahDarwis.
“Bang..macam mana siasatan tu? Ada apa-apa perkembangan tak?” Muka Danny sudah serius.
“Abang masih siasat tapi abang rasa elokZamrul tu berhati-hati. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Abang rasa orang yang hantar nota ugut tu tahu gerak geri korang semua. Cuma satu yang abang masih tertanya-tanya. Kenapa kau dan kawan-kawan kau saja yang menjaditumpuan pengugut tu?”Darwis pandang Danny tidak berkelip.
“Ma..maksud abang?” Danny menelan liur.
“Kau jangan nak sorokkan apa-apa dari abang. Dulu lagi abang dan papa dah syak ada sesuatu yang tak kena. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur. Abang tak nak kau mati macam kawan kau yang lain tu. Sekarang ni dia targetZamrul. Lepas tu, mungkin kau atau Kyle. Cuba beritahu abang apa sebenarnya yang korang dah buat?” Darwis masih tidak putus asa mengorek cerita sebenar dari Danny.
Danny diam seketika. Lemah bila timbul soal itu. Dia sudah berjanji dengan mereka yang lain. Rahsia itu tidak akanterbongkar dari mulut dia orang sendiri.
“Kalau kau masih diam macam ni, macam mana abang nak tolong?” Darwis sudah mula putus asa.
Danny masih diam. Dia jadi serba salah.
“Kau tak kasihan ke kat Zamrul. Dia sudah terima nota ugut tu. Dan abang pasti tak lama lagi kau pun terima nasib yang sama. Kau nak ke jadi macam tu??” Suara Darwis sudah tegas.
Danny masih tunduk. Kalau dia ajak abangnya pergi jumpa bomoh, sudah tentu segala rahsianya selama ini akan terbongkar. Dan kalau dia ajak pula abangnya ke Kampung Senduduk bersama, sudah tentu juga abangnya akan tahu siapa gadis itu dan apa yang terjadi pada gadis itu.
“Err..entahlah bang. Tak apalah..nanti saya fikirkan macammana.” Danny mula bangun. Dia menapak lemah ke bilik.
Darwis masih di ruang tamu. Sikap Danny tadi cukup membuatkan hatinya merasa geram. Danny seperti tidak mahu bekerjasama bila ditanya soal itu.
“Tak apa..aku akan tahu juga rahsia tu.”Darwis pandang ke tingkat atas. Dia juga mula bangun dan melangkah ke tingkat atas menuju ke biliknya. Sudah dua hari dia bermalam di rumah orang tuanya.Mulai minggu depan juga, dia terpaksa berpindah ke rumah ini atas arahan papa.


MEREKA sekeluarga mula menikmati makan malam bersama. Papa dan mama asyik tersenyum dari tadi. Darwis jeling Danny yang menguis-nguis nasi dari tadi. Mungkin tidak ada selera. Yalah, sudah dua orang kawan rapatnya meninggal. Matanyaberalih pula pada mama dan papa.
“Apa yang mama dan papa senyum-senyumni?” Darwis akhirnya bersuara. Dari tadi suasana di meja makan itu seperti kena tuba. Senyap semuanya.
“Papa dengar Darwis dah ada teman istimewa? Betul ke?” Datuk Lukman jeling isterinya di sebelah kemudian beralih pula pada Darwis.
Darwis senyum. Oh itu rupanya yang mereka asyik senyum saja dari tadi. Dia jeling Danny yang masih mengelamun.Nasi dalam pinggan hanya dikuis. Tidak luak sedikit pun.
“InsyaAllah papa, mama. Kalau semua dah okey nanti, Danial akan kenalkan dengan papa dan mama. Insya Alllah, kalau ada jodoh, tahun ni juga saya nak masuk meminang.” Senyuman Darwis semakin lebar.
“Alhamdulillah...dia kerja apa? Kat mana?”Datin Suhaila pula bertanya anak bujangnya.
“Dia sebenarnya pegawai kerajaan tapi dia juga penulis novel.” Teruja Darwis bercerita kisah kekasih hati kepada orang tuanya.
“Oh really? Novelist la ni! Bagus! Sesuailah dengan Darwis yang suka menyiasat dan jadi wartawan!” Datuk Lukman pula mencelah.
“Lebih kurang macam tulah papa.” Darwis mula malu-malu.
“Danny, macam mana? Sudah ada?” Datin Suhailaberpaling pula pada anak bujangnya yang seorang lagi, saudara kembar Darwis.
“Danny! Mama tanya tu!” Darwis cuit lengan Danny yang masih mengelamun dari tadi.
“Hah? Apa dia mama?” Danny mendongak.
“Budak ni kalau dah mengelamun, tak ingat apa dah! Tak baik mengelamun depan rezeki.” Datuk Lukman geleng.
Danny senyum kelat. Dia jeling Darwis di sebelah, memberi isyarat apa yang ditanya oleh mama tadi.
“Mama tanya ni, Danny dah ada calon ke?” Ulang Datin Suhaila.
“Calon apa mama?” Danny masih terpinga-pinga. Memang tadi dia mengelamun jauh. Otaknya sarat dengan kejadian yang menimpa Razif dan Jeff. Tak lama lagi, giliran Zamrul.
“Laa..calon isteri la takkan calon pilihanraya pula!” Datuk Lukman geleng lagi.

“Oh...itu ke..tak ada lagi..” Danny kembali tunduk. Nasi di dalam pinggan disuap ke mulut. Memang selama ini dia tidak pernah serius dengan mana-mana perempuan. Sehingga ke hari ini tidak ada lagi perempuan yang berjaya membuatkan hatinya tertawan atau jatuh hati.
“Kalau Danny belum ada calon, mama dah ada calon untuk Danny. InsyaAllah,mama jemput dia makan malam kat rumah kita nanti.” Datin Suhaila senyum lebar. Dia jeling suaminya di sebelah.
Darwis turut senyum sambil mata melirik pada Danny yang sudah membuntang mendengar kata-kata mama tadi. Memang dia tahu dari riak muka Danny, tentu Danny tidak suka pilihan orang tua. Yalah lelaki macam Danny lebih suka mencari calon isteri sendiri. Tidak susah untuk Danny mencari bakal isteri. Teman wanitanya keliling pinggang. Tinggal pilih saja lagi. Kalau tanya merekaitu semua,rasanya semuanyasanggup menjadi isteri Danny.
“Suka hati mamalah...” Suara Danny sudah lemah. Nasi di dalam pinggan masih tidak luak.
Darwis berkerut kening. Sikap Danny nyata sudah banyak berubah. Selalunya kalau soal permpuan atau calon isteri, Danny akan membantah habis-habisan tapi kali ini Danny seolah sudah mula putus harap. Lemah semangat untuk hidup. Mungkin di fikiran Danny sarat dengan persoalan kawan-kawannya yang sudah menyahut panggilan llahi. Kalau kematian mereka secara biasa mungkin Danny boleh terima tetapi mereka mati dengan cara yang cukup misteri!

“Danny...dah la. Nanti abang akan tolong kau siasat apa yang berlaku. Makan cepat. Tak luak nasi tu.” Darwis memujuk adik kembarnya yang sudah sugul sejak tadi.




Ipo Publish time 8-7-2015 12:23 PM

USAI makan malam, Danny berkurung dalam bilik. Darwis faham perubahan sikap Danny. Dia lega kerana sejak kejadian kematian Razif dan Jeff, Danny sudah berubah menjadi insan yang patuh menunaikan suruhanNYa walaupun masih ada lubang sana sini. Sekurang-kurangnya Danny ingin berubah.
Darwis turut melangkah ke biliknya dan dia buka fail yang mengandungi maklumat tentang siasatannya dulu. Gambar dan nota yang diberikan oleh Zamrul dan juga maklumat dari Joe, sumber utamanya selama ini. Buntu memikirkan semua kejadian yang tidak masuk akal itu. Sampai sekarang, dia masih belum ada jawapan untuk semua persoalan itu. Polis juga tidak ada bukti kukuh mensabitkan semua itu dengan ugutan walaupun ada nota dijumpai di sisi mayat Razif.
Bunyi ketukan di daun pintu mengalih pandangan Darwis ke arah pintu. Danny sudah menguak daun pintu yang tidak berkunci dan adiknya menapak mendekati meja kerjanya. Pucat wajah Danny ketika ini.
"Kenapa Danny?"
"Zamrul..tadi..dia terima sms ugut.." Danny terketar-ketar menjawab. "Dia dengar satu suara halus menyuruhnya membunuh diri.."
"Apa? " Darwis pula risau. Bimbang apa yang berlaku pada Jeff dulu akan terjadi pada Zamrul. Darwis tutup fail dan kali ini dia mengubah posisi tubuhnya dan mula menghadap Danny.
“Dia kat rumah ...dia pun tinggal seorang diri di rumah sewa.” Danny berkata sugul. “Abang..saya takut. Sekarang ni Zamrul akan jadi mangsa seterusnya seperti dalam nota yang diterima dulu. Entahlah, saya tak nak percaya semua benda karut ni. Bayangan jelmaan perempuan dan suara halus tu semua adalah mengarut!”
“Danny..kita kena ingat, jin dan syaitan juga makhluk ciptaan Allah. Tidak mustahil ada manusia yang bersekongkol dengan jin dan syaitan semata-mata untuk memenuhi kehendak mereka. Macam jelmaan perempuan dan suara halus tu, itu semua bisikan syiatan. Jangan dilayan. Ilmu sihir yang digunakan untuk menyakiti orang dan mungkin juga untuk mengenakan seseorang.” Darwis sentuh lembut bahu Danny yang sudah tunduk.
Danny masih tunduk. Terasa selama ini dia telah banyak melakukan dosa. Besar atau kecil semuanya dilakukan tanpa rasa bersalah pada tuhan sedikitpun. Hidup hanya untuk berseronok. Kehidupan itu semuanya bermula sejak dia mula menjejakkan kaki ke universiti dan tinggal satu rumah dengan Razif, Zamrul, Jeff dan Kyle. Mungkin dia terikut-ikut dengan cara kawan-kawannya yang suka berfoya-foya. Sedikit demi sedikit tikar sejadah ditinggalkan. Dia mula tahu togok minuman setan dan mula berjinak dengan perempuan. Semua itu dilakukan tanpa rasa sediktipun rasa berdosa.
“Abang...selama ni saya banyak buat dosa. Saya terikut-ikut rentak kawan. Dan disebabkan itu juga mungkin kami dibalas dengan kejadian pelik ni.” Danny meraup muka sekali lagi. Dia sudah mula sugul. Ada titis jernih mengalir di pipi.
“Pintu taubat sentiasa terbuka untuk orang yang ingin bertaubat. Allah maha penyayang. Belum terlambat untuk kau bertaubat.” Darwis menenangkan Danny yang sudah teresak-esak.
“Saya terlalu banyak dosa. Sudah lama saya tinggalkan suruhan Allah. Solat, puasa dan yang lebih teruk saya tambah dosa dengan melakukan larangan Allah. Saya berzina dan minum arak!” Danny menarik rambutnya sambil menekup muka ke lutut.
Darwis terkedu mendengar pengakuan Danny. Tak sangka sampai begitu sekali Danny jauh tersasar. Selama ini Danny dilihat sentiasa riang dan ceria. Di rumah pula, Danny tak pernah tinggal solat tetapi selepas mereka berpisah bila usia menginjak dua puluhan, masing-masing bawa haluan sendiri. Tidak pernah dia tahu sejauh itu Danny terpesong.
“Kau..kau dah jauh terpesong Danny. Kau kena bertaubat dengan taubat nasuha!” Darwis pegang kuat bahu Danny yang masih tunduk. Jelas kedengaran sedu Danny.
Danny masih menekup muka. Dia mula merasa satu bala mula menimpa dia dan kawan-kawannya akibat bebas dalam kehidupan yang penuh tipu daya. Segala apa yang terjadi pada Razif dan Jeff adalah satu peringatan buat dirinya dan yang lain. Mungkin itu balasan Allah untuk hambaNya yang mengingkari dan melampaui batas. Mungkin juga jelmaan perempuan dan suara halus yang didengar Zamrul itu adalah juga satu bentuk pembalasan yang Allah beri sebagai pengajaran.
“Dahlah...mari kita lakukan solat taubat. Ambil wudhuk. Lepas reda dan tenang sikit, cerita kat abang apa yang sebenarnya terjadi..” Darwis pujuk Danny yang sudah menangis teresak-esak.

Telefon bimbit Danny berdering.
"Siapa?" tanya Darwis.
"Zamrul.."
Panggilan itu dijawab juga.
“Hello! Zamrul!! Kenapa ni?? Zamrul!!!” Danny menjerit kuat. Suara Zamrul di hujung talian sudah tersekat-sekat. Talian terputus. Danny cuba menghubungi Zamrul semula. Tidak berjawab.
“Zamrul!!!!”
“Kenapa Danny?” Darwis terus bertanya melihat reaksi Danny yang ketakutan.
“Zamrul bang! Zamrul mungkin dalam bahaya!” Danny mengesat airmata.
“Jom! Cepat kita ke rumahdia!”Darwis segera mengajak Danny. Tergopoh gapah mereka menuju ke kereta. Menderum laju kereta Toyota kelabu milik Darwis membelah keheningan malam menuju ke Petaling Jaya.



KERETA Toyota kelabu Darwis diparkir di luar laman rumah. Pagar rumah ditolak kuat. Rumah Zamrul dilihat hanya terang di bahagian depan pintu rumah. Ruang tamu dan bilik semuanya gelap. Pintu diketuk berkali-kali. Tiada jawapan.
“Zamrul! Buka pintu ni!!” Danny melaung memanggil Zamrul.
“Danny, betul ke dia ada kat rumah?” Darwis pula mengetuk pintu. Semakin kuat.
Danny angguk.
Darwis sekali lagi mengetuk pintu dan memanggil nama Zamrul berkali-kali. Kalau menjerit kuat nanti, bimbang jiran sebelah menyebelah terjaga dari tidur. Dia jeling jam. Hampir dua belas tengah malam. Memang sahlah jiran Zamrul sudah lena dibuai mimpi.
“Kau call dia lagi!” Darwis mundar-mandir di depan pintu. Dia jeling Danny yang mula menghubungi Zamrul. Dia pandang ke dada langit. Bulan mengambang penuh!
Danny menggeleng.
Darwis mulagelisah. Dia intai melalui tingkap di ruang tamu. Gelap.
“Kau pasti ke dia macam ada masalah tadi?” Darwis pandang pula Danish yang sudah lemah semangat. Danny sudah terduduk di depan pintu.
Danny angguk. “ Saya dengar tadi masa dia call saya.”
“Arrrrrgggghhhhh!!!!”
Serentak Danny dan Darwis berpaling. Suara menjerit kuat dari rumah Zamrul jelas di telinga. Pantas Darwis menendang pintu rumah Zamrul. Mereka meluru masuk sebaik pintu terbuka setelah beberapa kali ditendang kuat. Lampu di tepi dinding dekat dengan pintu dibuka. Ruang tamu sudah mula terang. Melilau mereka lihat sekitar ruang tamu. Bau kemenyan begitu menusuk hidung.Tiada kelibat Zamrul di situ.


Ipo Publish time 8-7-2015 12:29 PM

Edited by Ipo at 8-7-2015 12:33 PM

DI SEBUAH RUMAH di hujung kampung, asap memenuhi segenap ruang rumah papan yang agak usang itu. Bekas kemenyan dibakar dan diperasap dengan jampi mentera. Terkumat kamit mulut seorang lelaki yang bersemutar kuning dan berpakaian serba hitam membaca sesuatu. Misai melentik di atas bibir bergerak-gerak mengikut rentak mentera yang dibaca. Lima biji limau turut dibelah dua tanpa putus dan diletakkan dalam sebekas air kosong. Sekali lagi lelaki bertubuh gempal dan berkulit gelap itu membaca jampi mentera. Bau kemenyan semakin ketara.
Dia capai pula patung kecil yang dibuat daripada jerami kering dan digantung di pokok kecil dalam pasu. Setiap patung itu diasapkan dengan kemenyan dan dipuja. Asap berkepul mula memasuki dalam jerami patung itu . Foto yang diterima dari pelanggannya tadi diletakkan di setiap patung itu. Sekali lagi lelaki bermisai lentik itu membaca mentera dan jampi dalam bahasanya tersendiri.Selesai baca mentera, semua foto dan patung itu ditiup perlahan dan menghalakan asap kemenyan tadi masuk ke dalam setiap patung jerami itu yang sudah ditandakan dengan foto berlainan.
“Malam ni sorang lagi akan tumbang..”Lelaki itu pandang tajam ke arah pelanggannya yang sudah tersenyum lebar bersila di depannya.
Lelaki yang memakai baju serba hitam dengan selendang kuning terlilit di pinggangmeneruskan upacara memuja. Terkumat kamit dia membaca mentera dan jampi serapah. Seketika kemudian rumah itu bergegar kuat. Lelaki itu sudah dirasuk sesuatu. Dia kemudian menghembuskan air sireh yang dikunyah sejak tadi ke arah foto itu. Bersembur warna merah pekat terkena foto dan perut patung jerami yang diletakkan berdekatan di depannya. Sebatang jarum halus dicucuk berkali-kali di perut patung. Patung itu dibiarkan tergantung di situ.
“Hmm..ada apa lagi?” Lelaki itu mula bertanya bila keadaan sudah reda. Dia pandang pelanggannya tidak berkelip.
“Tak ada tok. Saya nak dia terseksa sebelum mati.”
Lelaki itu angguk-angguk. Dia senyum bila menerima sebungkus habuan yang dibungkus dengan kain kuning yang diletakkan oleh pelanggannya tadi sebelum beredar. Itu pengeras untuk setiap khidmat yang diberikan. Tidak perlu beri wang ringgit. Perlahan dia buka bungkusan kuning itu. Ada darah ayam hutan, beras kunyit dan benang hitam. Benang hitam itu dililit pada patung tadi.
“Kamu boleh balik. Sudah selesai.Sekejap lagi dia akan mati.” Lelaki berbadan gempal itu tersenyum puas.
“Baik tok!”
Lelaki itumasih bersila di depan bara api kemenyan yang diasapkan tadi. Sebiji limau diambil dan disapu pada keris kecil yang juga sudah diasapkan dengan kemenyan. Beberapa kali dia tiup keris itu dan dibasuh sekali lagi dengan air rendaman limau tadi. Dia senyum puas hati. Keris itu dilap dengan kain kuning yang dililit di pinggangnya dan terus disimpan dengan membungkus keris itu di dalam kain kuning. Keris itu akan dibuka untuk mangsa seterusnya. Dia perlu menunggu bulan mengambang penuh pada malam lain pula untuk menunaikan permintaan pelanggannya.

Ipo Publish time 8-7-2015 12:34 PM

bersambung selepas raya..............:P

Esmiria Publish time 8-7-2015 01:10 PM

Ipo replied at 8-7-2015 12:34 PM
bersambung selepas raya..............

lepas rayaa?apala...:(

Ipo Publish time 8-7-2015 04:12 PM

Esmiria replied at 8-7-2015 05:10 AM
lepas rayaa?apala...

ya..lepas raya kalau ada..:lol:
tiba masa utk berhibernasi..
sebelum tu nak ucap Selamat Hari Raya buat semua warga BRP dan pembaca semua.




kakZue Publish time 8-7-2015 08:57 PM

Slmt hari raya maaf zahir n batin.

Zamzam2013 Publish time 9-7-2015 06:46 AM

Ipo replied at 8-7-2015 04:12 PM
ya..lepas raya kalau ada..
tiba masa utk berhibernasi..
sebelum tu nak ucap Selamat Hari Ra ...

Salam Aidilfitri @Ipo... Maaf Zahir & Batin... See u back here after raya...

wipers81 Publish time 10-7-2015 11:21 AM

Ehem... parking dulu.

prettyuglybabe Publish time 10-7-2015 01:23 PM

selamat hari raya semua..
maaf zahir dan batin..

Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 [11] 12 13 14 15 16 17 18 19 20
View full version: KOLEKSI CERPEN - (6) Misteri Thriller- TAMAT) -page #7


ADVERTISEMENT