bianglala Publish time 26-3-2015 01:13 PM

Cendawan Gigi Berdarah

Edited by bianglala at 26-3-2015 01:16 PM

http://www.lacotabi-photo.sk/images/1811.jpg

Flora jenis ini dikenali sebagai cendawan gigi berdarah atau nama saintifiknya Hydnellum Pecki. Ia boleh ditemui di Amerika Utara terutamanya di Barat Laut Pasifik dan Eropah. Tetapi, baru-baru ini, ia telah berjaya ditemui di Iran dan juga Korea sekitar tahun 2010.
Menurut pensyarah Biologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam,Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Johari Jalinas, cendawan jenis ini merupakan spesies yang banyak tumbuh pada akar pokok jenis konifer dan juga di tanah lembap.
Di seluruh pelosok dunia terdapat berjuta-juta spesies cendawan. Ada yangberjaya dikenalpasti dan ada yang masih lagi dalam kajian. Bagi spesies ini,masih belum banyak lagi rekod mengenai cendawan jenis ini dicatatkan. Mungkin kerana cendawan ini tumbuh di habitat berlatitud tinggi khususnya di kawasan pergunungan yang beriklim sejuk menyebabkannya sukar untuk dijejaki.
Menurut Johari, cecair merah tersebut merupakan salah satu pigmen daripadacendawan itu. Cecair pigmen ini dikenali sebagai atromentin, iaitu sejenis cecair yang mempunyai ciri-ciri anticoagulant – bahan anti gumpal. Fungsi anticoagulant ini sama seperti ubat jenis heparin yang banyak digunakan dalam bidang perubatan bagi menghalang pembekuan darah.
Ujar Johari lagi, terdapat beberapa kajian daripada saintis Barat yang mendakwa cecair merah tersebut berpotensi untuk digunakan dalam bidang perubatan. Ini kerana penelitian awal menunjukkan cecair merah itu mempunyai anti bakteria dan juga anti kanser. Oleh itu, ia mungkin boleh digunakan sebagai antibiotik bukan sahaja kepada haiwan, tetapi mungkin juga sesuai untuk manusia.
Bagi penggemar cendawan, cendawan jenis ini tidak boleh dimakan kerana beracun. Ini kerana jelas Johari, mengikut kajian daripada pengkaji Sweden, cendawan jenis ini menyerap heavy metal – unsur radioaktif dalam perut bumi sebanyak sembilan peratus.

INFO:- Selain nama komersialnya cendawan gigi berdarah atau Bleeding ToothFungus, ia turut mempunyai pelbagai nama lain. Antaranya Devil’s Tooth, BileTooth, Strawberries and Cream dan Red Juice Tooth.
- Saiz cendawan ini boleh mencecah 15 sentimeter.
- Sejenis cendawan seakan-akan Hydnellum Pecki berjaya dijumpai oleh Johari di kawasan air terjun Sungai Gabai, Hulu Langat, Malaysia pada tahun 2009. Namun, ia tidak dapat dipastikan apakah cendawan itu dalam kumpulan ini.
Sumber Artikel : Majalah INFINITI Mac 2015

miabebe Publish time 26-3-2015 01:30 PM

Erkkkkkkkkkk ....skeri.....:L

Crystal_Apple Publish time 26-3-2015 01:33 PM

macam kek......:loveliness:muffin strawberry;P

miabebe Publish time 26-3-2015 01:36 PM

Crystal_Apple replied at 26-3-2015 01:33 PM
macam kek......muffin strawberry

Jgn buat pasal crystal....kalo mabuk xpe lg..d buat kiok...naya je nk mkn mapin stoberi nye pasal...hihi

Crystal_Apple Publish time 26-3-2015 01:38 PM

miabebe replied at 26-3-2015 01:36 PM
Jgn buat pasal crystal....kalo mabuk xpe lg..d buat kiok...naya je nk mkn mapin stoberi nye pasal. ...

cuba nengok... srupa tp x sama...tau miabebe;P

Ipo Publish time 31-3-2015 06:13 PM

cantik!{:1_152:}

aTiKah_aYuNi Publish time 6-4-2015 01:59 PM

cantik dan nampak sedap......

bellaa Publish time 28-4-2015 11:57 PM

misteri sungguh

fire_place Publish time 11-5-2015 07:37 PM

Mcm gula2 strawberi pulak.cantik

mzzenma Publish time 17-5-2015 06:04 PM

Tengok ni teringat kes nasi lemak berdarah sekat bod ci nun ;P

purpledesire Publish time 5-6-2015 09:23 PM

takutnya biler tengok gambar tu..huhuu :funk:

Hatida Publish time 11-10-2015 04:39 PM

alamak.. skeri nye.. :funk:

4stroke Publish time 13-10-2015 02:34 PM

bestnyer info ni..tp scary gak...........

sliza Publish time 30-10-2015 09:27 AM

macam cendawan kat buku dongeng.....{:1_152:}
Pages: [1]
View full version: Cendawan Gigi Berdarah


ADVERTISEMENT