Nusantara77 Publish time 26-3-2015 09:44 AM

Asus Fonepad 7 (ME372CG) Mula Menerima Kemaskini Android 5.0 Lollipop

Asus mempunyai beberapa penawaran tablet dibawah keluarga Asus Fonepad 7, dan model bernombor ME372CG adalah salah satu daripadanya. Bagi anda yang menggunakan tablet dengan sokongan telefoni berkenaan, kini salah satu berita baik adalah kemaskini Android 5.0 Lollipop yang telah pun tersedia untuknya.

http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/fonepad-lollipop.jpg

Tablet Fonepad 7 ini boleh dikatakan antara peranti terawal daripada Asus yang menerima kemaskini sistem operasi berkenaan. Selain penambah-baikkan dan pelbagai pengoptimasian, kemaskini baru ini juga membawakan perubahan antaramuka kepada ZenUI yang digunakan pada Fonepad 7.
Bagi anda yang menggunakan Fonepad 7 (ME37CG), anda boleh mulakan proses semakan hari ini, dan mula memuat-turun fail kemaskini, serta menikmati pelbagai ciri-ciri baru yang dibawakan. Seperti kebiasaan, kemaskini bersaiz besar ini biasanya ditawarkan secara berperingkat kepada semua.
                                                                                                                                                                                                Sumber Rujukan: Donchano

Pages: [1]
View full version: Asus Fonepad 7 (ME372CG) Mula Menerima Kemaskini Android 5.0 Lollipop


ADVERTISEMENT