Nusantara77 Publish time 24-3-2015 10:17 AM

Instagram Memperkenalkan Aplikasi Baru

Instagram Memperkenalkan Aplikasi Baru Dalam Memudahkan Membuat Gambar Kolaj – Layout
Instagram boleh dikatakan antara aplikai popular dikalangan pengguna seluruh dunia dalam berkongsi gambar berbentuk segi empat sama bersama-sama rakan yang lain. Beberapa laporan sebelum ini turut mengatakan pengguna di Instagram telah pun melangkaui angka pengguna Twitter.
Pihak Instagram sendiri telah memperkenalkan beberapa fungsi baru pada perkhidmatan mereka, dan turut telah memperkenalkan sebuah aplikasi berasingan dinamakan Hyperlapse beberapa bulan sebelum ini.

http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/instagram-layout.jpg

Hari ini, mereka turut menambah satu lagi aplikasi baru dibawah penawaran mereka, dinamakan sebagai Layout. Menggunakan Layout ini, ia memudahkan pengguna mengabungkan sejumlah gambar menjadi satu dan berkongsi gambar hasil akhir tersebut melalui Instagram.

Melalui Layout, pengguna boleh memilih beberapa pilihan rekaan yang disediakan, dan seterusnya memilih gambar untuk disusun melaluinya.
Seperti semua sedia maklum, beberapa pembangun lain ada menawarkan aplikasi seumpamanya, tetapi memandangkan Layout hadir daripada pihak Instagram sendiri, ia berkemungkinan menjadi salah satu aplikasi popular tidak lama lagi.

Layout ditawarkan secara percuma untuk peranti iOS hari ini, dan versi Android dijangka hadir dalam beberapa bulan lagi.

kredit:www.amanz.my


Pages: [1]
View full version: Instagram Memperkenalkan Aplikasi Baru


ADVERTISEMENT