Nusantara77 Publish time 24-3-2015 10:15 AM

Twitter Bakal Membolehkan Pengguna Tag Lokasi Spesifik

Twitter Bakal Membolehkan Pengguna Tag Lokasi Spesifik Untuk Tweet Dengan FourSquare
http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/twitter-foursquare.jpg

Twitter telah pun menyokong kebolehan untuk tag lokasi pada setiap Tweet yang dihantar ke perkhidmatan tersebut. Namun, lokasi yang di tag adalah di kesan secara automatik berdasarkan kedudukan pengguna, dan boleh dikatakan kadang-kala tidak begitu spesifik untuk sesuatu lokasi. Kini, dalam menambah-baik fungsi berkenaan, Twitter dilihat bekerjasama dengan pihak FourSquare.

Melalui kerjasama ini, apabila pengguna memilih untuk tag lokasi, mereka akan diperlihatkan nama lokasi dan tempat yang lebih spesifik berbanding kebiasaan – sekaligus membolehkan pengguna tag nama kedai, bangunan dan sebagainya pada Tweet yang dihantar oleh mereka.

Twitter tidak memberikan sebarang tarikh untuk pengenalan fungsi ini, dan sekadar mengatakan ia akan hadir tidak lama lagi. Mungkinkah kita akan melihat fungsi ini diintegrasikan pada kemaskini aplikasi Twitter yang akan datang?

kredit:www.amanz.my


Pages: [1]
View full version: Twitter Bakal Membolehkan Pengguna Tag Lokasi Spesifik


ADVERTISEMENT