changa=famri7 Publish time 21-3-2015 12:33 AM

Ikan lumba-lumba sangkut air cetek

Kota Kinabalu: Sekumpulan nelayan terkejut apabila menemui seekor ikan lumba-lumba berukuran lebih tiga meter ditemui terperangkap di kawasan cetek di perairan Likas, di sini, semalam.Dalam kejadian jam 5.30 pagi, ikan yang dianggarkan seberat hampir 300 kilogram itu dilihat dalam keadaan lemah dan tersangkut pada batu serta pasir selepas air laut mula surut.Pensyarah Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) Universiti Malaysia Sabah Dr John Madim berkata, nelayan berkenaan kemudian memaklumkan kepada pihaknya mengenai penemuan ikan lumba-lumba terbabit.“Sebaik tiba di sana, kami dapati ikan itu masih hidup, namun dalam keadaan lemah dipercayai sakit.

“Sehubungan itu, kami bercadang untuk membawa ikan lumba-lumba berkenaan ke IPMB menggunakan kanvas yang diikat pada bot.“Bagaimanapun, kami terpaksa meletakkan ikan itu di perairan ini di bawah jagaan lebih 30 pelajar IPMB buat sementara waktu memandangkan tidak ada tangki ikan yang besar kosong buat masa sekarang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.Menurutnya, mereka perlu mengapungkan ikan terbabit selepas ia hilang keseimbangan bagi memudahkan Jabatan Hidupan Liar (JHL) memberikan rawatan.“Sejak November tahun lalu, hampir setiap bulan IPMB berjaya menemui ikan lumba-lumba terdampar di sekitar Likas dan kali terakhir pada Tahun Baru Cina lalu.“Namun, semua ikan lumba-lumba yang ditemui sebelum ini sudah mati,” katanya.Sementara itu, Timbalan Pengarah JHL negeri Dr Sen Nathan berkata, ikan berkenaan berada dalam keadaan kurus dan lemah ketika ditemui nelayan terbabit, semalam.




Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 6:09 AM
http://assets.hmetro.com.my/images/articles/20hm13aaabcfd.transformed.jpgIKAN lumba-lumba yang ditemui nelayan diserahkan kepada Institut Penyelidikan Marin Borneo, UMS.







- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38249#sthash.juQFcmEb.dpuf

miabebe Publish time 21-3-2015 12:54 AM

Laaaaaa...lepas jela...kesian dolphin tu

513172 Publish time 6-8-2016 11:21 PM

Kalau tgh mandi tetibe terdampar dolphin tu takut gak

cik_kitty Publish time 18-11-2016 07:52 PM

Kalo meol lari dlu tkt paus..tp kalo dolpin nak gak meol usap2...jinak kan spesis nih..heheh

Cosbaynie Publish time 18-11-2016 11:17 PM

lossiemia Publish time 24-1-2017 10:45 PM

Pages: [1]
View full version: Ikan lumba-lumba sangkut air cetek


ADVERTISEMENT