riey_zal Publish time 20-3-2015 04:32 PM

Masalah Jual Kereta kat used car

Salam Semua ...

Minta maaf admin kalau saya salah post.

Bulan 11, 2013 saya ada jual kereta MyVi isteri saya kat used car, Shiraz Auto. Orang yang beli kereta tu namanya Muhammad Sirajullah.

Dah sign sales order form siap buat report polis yang kereta tu dah jual kat dia. Muhammad ni kata dia buat report polis sebab sebelum ni pernah owner keta gi report keta hilang lepas jual kat dia. So saya pun confident lah dengan dia ni.

Sepanjang setahun saya jual keta kat dia adelah sket je masalah keta sangkut bayar sebulan dua. Cuma keta tu tak dpt jual lagi so nama tak tukar.

Nak jadi citer, Muhammad ni meninggal pulak sebab car accident. Al-Fatihah. Berita dia meninggal ada kat sini.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/12/02/Man-driving-Aston-Martin-killed-in-crash/

So, saya contactlah office Shiraz Auto takde orang jawab. Lepas tu saya contact pekerja arwah Muhammad nama Tommy. Tommy pun tolong saya bayar kereta yg dah overdue dua bulan.

Lepas tu baru2 ni, isteri saya dapat call drp rhb kata keta dah 3 bulan tak bayar. Saya contact Tommy, tapi tommy kata dia dah diberhentikan keja. Aduhh .... so tommy kasilah nombor adik arwah. Saya cuba contact adik arwah tapi tak jawab.

Camne nak settle mende ni?

tagas Publish time 21-3-2015 12:38 AM

Ape lg ko lar yg kena settle kan :C

zulka Publish time 23-3-2015 12:40 PM

adeh kes naya ni...report polis tu ada amik copy tak

riey_zal Publish time 24-3-2015 10:15 AM

report polis ada copy. So, boleh sesiapa tolong tunjuk ajar patut ke saya buat report polis lagi pasal ni?

sirajullah Publish time 26-8-2015 11:25 PM

Salam

Saya mangsa Siraj juga kereta entah ke mana.

Sila ke Facebook Sirajullah Shiraz harap ramai boleh tampil ke depan untuk report perkara ni kepada pihak berkuasa agar tidak ada orang tertipu lagi.

sirajullah Publish time 26-8-2015 11:26 PM

BMW forum ramai yang kena tipu kat dalam forum tu

isteri_ayil Publish time 11-9-2015 12:05 PM

menggelupur lah si Sirajullah dlm kubuq... berapa ramai orang yg dia dok pekena.... hurmmm.. ambik... sekali Tuhan cabut nyawa.... mati on the spot... Haaaaa... mula lah aku nak jadi ustazah ... kaaannnnn.... kesian kat orang2 yg teraniaya....

Odyman Publish time 11-9-2015 04:51 PM

Begitulah modus operandi used car company. kalau Used car yang modal kecik bila kita jual atau trade in kat mereka, mereka akan sambung bayar dulu sehingga ada pembeli. kalau yang company besar mereka akan buat fully settlement kat bank kerana mereka tak nak menanggung kos interest. Ada juga kes salesman buat dajal, walaupun company besar tapi mereka tidak maklumkan kepada company transaksi penjual yang buat trade in sebaliknya dijual terus kepada pihak ketiga samada secara sambung bayar atau mereka bertindak seperti broker.
Pages: [1]
View full version: Masalah Jual Kereta kat used car


ADVERTISEMENT