Nusantara77 Publish time 20-3-2015 07:42 AM

Telegram Menambah Sokongan Membalas Yang Lebih Efektif Ketika Sembang Kumpulan

Telegram Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan yang sering menambah pelbagai fungsi-fungsi menarik pada perkhidmatan mereka. Terkini, Telegram telah pun menawarkan kemaskini kepada aplikasi mereka, menambah sokongan untuk “Mentions” dan juga “Hashtag”.
Melalui sokongan dinamakan “Mentions”, ia amat berguna ketika anda sembang berkumpulan, dan seseorang boleh menyebut nama anda, dan anda akan menerima notifikasi khusus – serta pada masa yang sama memudahkan anda tidak terlepas sebarang mesej yang ditujukan kepada anda.

http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/telegram-mention.jpg

Disamping itu, fungsi “Reply” turut ditambah pada permesejan berkumpulan. Melaluinya, anda hanya perlu tap pada sesuatu mesej, dan memilih untuk “Reply”. Mesej anda akan dibalas dan ditambah dengan “quote” mesej asal – sekaligus memudahkan lagi seseorang untuk merujuk kepada perbualan asal.

Akhir sekali, satu lagi fungsi baru yang ditambah adalah “Hashtag”. Menggunakannya, pengguna boleh menambah hashtag dengan awalan # pada sesuatu mesej, dan tap padanya untuk merujuk semula pelbagai mesej yang menggunakan hashtag tersebut dalam perbualan anda.

Bagi menggunakan fungsi baru ini, pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi anda, dan mula menggunakannya dalam perbualan harian anda.

kredit:amanz.my


intriQue Publish time 20-3-2015 09:17 AM

I like. Senang nak alert kwn2 tertentu dlm group

buragazz Publish time 20-3-2015 09:51 AM

klu mentioned tu orang yang kita mentioned tu akan dapat notification tak sbb dah try tapi tak jadi

fifie_olin Publish time 20-3-2015 10:48 AM

ko upgrade la camne skali pon...ati aku tetap x bekenan...
hanya wasaap di hatikuuu

aziz79 Publish time 21-3-2015 04:43 PM

telegram software yg mudag sebab security, dan boleh attach document
Pages: [1]
View full version: Telegram Menambah Sokongan Membalas Yang Lebih Efektif Ketika Sembang Kumpulan


ADVERTISEMENT