Nusantara77 Publish time 18-3-2015 11:06 PM

ChatSIM Beri Permesejan Tanpa Had Hadir Ke Malaysia

Bagi mereka yang banyak ke luar negara, mencari plan data roaming yang baik dengan harga berpatutan buka suatu yang mudah. Namun dengan ChatSIM perkara itu telah menjadi lebih mudah dan perkhidmatan ini akan hadir ke tanah air tidak lama lagi.
http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/03/150318-chatsim-malaysia-directd.jpg
ChatSIM Beri Permesejan Tanpa Had Hadir Ke MalaysiaChatSIM memberikan penggunanya permesejan tanpa had menggunakan media sosial popular dengan yuran hanya 10 Euro (RM40) setahun. Di Malaysia, DirectD telah dilantik menjadi pengedar rasmi kad SIM ini dan menawarkan dua jenis kad SIM iaitu ChatSIM dan ChatSIM Plus. Perbezaan antara dua kad SIM berkenaan adalah senarai telco luar negara yang disokongnya. Di Malaysia, ia akan dihubungkan melalui rangkaian Maxis.
Bagi yang berminat, DirectD akan mengumumkan harganya dan ia dijangka akan mula dijual secara rasmi dalam dua minggu lagi. Menurut mereka, satu laman web ChatSIM Malaysia akan dilancarkan di mana pengguna boleh mendapatkannya secara atas talian. Ia akan turut dijual di kedai rasmi DirectD apabila dilancarkan nanti.

Dari segi penggunaannya, secara lalai, anda boleh menghantar mesej text dan emoticon secara percuma 24 jam sehari menggunakan aplikasi permesejan kegemaran anda seperti WhatsApp,Line, Tango, Messenger, WeChat, QQ Chat, iMessenger, Yahoo Messenger, Skype, Telegram, Snapchat, Hangout, Viper, Twitter dan ChatOn. Namun, jika anda mahu menghantar gambar, anda perlu membeli kredit tambahan.
Bergantung kepada zon yang anda lawati, topup sebanyak 10 Euro akan memberikan anda 2000 kredit dan bergantung juga kepada zon yang dilawati, caj data bermula dari 50 kredit/MB sehingga 750 kredit/MB. Lihat jadual tarifuntuk mengetahui lebih lanjut.
ZeroMObiles, pengasas ChatSIM telah membuat kerjasama dengan 400 buah telco dari 150 buah negara bagi menjayakan perkhidmatan yang menawarkan kadar rata khas bagi fungsi permesejan.


kredit:www.techkini.com


Pages: [1]
View full version: ChatSIM Beri Permesejan Tanpa Had Hadir Ke Malaysia


ADVERTISEMENT