Nusantara77 Publish time 18-3-2015 10:35 AM

#StainGate – Pengguna MacBook Pro Retina Melaporkan Kerosakan

#StainGate – Pengguna MacBook Pro Retina Melaporkan Kerosakan Pada Lapisan Pelindung Skrin
http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/staingate-1.jpg

Sebilangan kecil pengguna MacBook Pro Retina melaporkan skrin komputer riba mereka mengalami masalah kerosakan pelindung skrin. Pelindung skrin anti silau yang terpasang pada skrin MBP mereka kini mula mengelupas dan mengakibatkan paparan kelihatan hodoh. Model MBP Retina yang mengalami masalah ini ialah mereka yang membelinya sejak Jun 2012.Kebanyakan kerosakan bermula dari bahagian sisi skrin tetapi ada juga yang terkupas pada bahagian tengah. Kerosakan juga berlaku seawal 7 bulan selepas pembelian dilakukan.
Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada kerosakan pelindung skrin akan digantikan secara percuma kepada mereka yang mengalami masalah ini. Beberapa pengguna mendakwa mereka berjaya mendapat pertukaran secara percuma tetapi ada juga yang melaporkan terpaksa membelanjakan sehingga $800 untuk menggantikannya. Jika yang terjejas dengan masalah ini,laman Staingate membolehkan anda memuat naik gambar skrin komputer riba anda.
Nampaknya pengguna Macbook Pro Retina sukar untuk menerima kerosakan kosmetik pada skrin komputer riba mereka.Kami rasakan kerosakan sebegini adalah biasa dan tergolong di dalam kategori wear and tear biasa. Adakah mereka berhak meminta Apple membaiki kerosakan sebegini secara percuma? Apakah pendapat anda?
http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/staingate-2.jpg
                                                                                                                                                                                                Sumber Rujukan: MacRumors

kredit:www.amanz.my



Athrun.Zalaa Publish time 18-3-2015 11:27 AM

Ada x source lain selain blogserius atau amanz?!!
Pages: [1]
View full version: #StainGate – Pengguna MacBook Pro Retina Melaporkan Kerosakan


ADVERTISEMENT