Nusantara77 Publish time 18-3-2015 10:17 AM

OnePlus Akan Menawarkan OxygenOS Sebelum Penghujung Minggu Hadapan

OnePlus Akan Menawarkan OxygenOS Sebelum Penghujung Minggu Hadapan
Pihak OnePlus masih lagi bermain-main dengan tarikh pelancaran mereka untuk pasaran Malaysia. Sehingga kini, masih tiada sebarang jawapan berkaitan penawaran untuk Malaysia, tetapi sebaliknya mereka telah mula menawarkan ia kepada sejumlah syarikat di Eropah.
Walaupun tarikh pelancaran untuk OnePlus One di Malaysia masih tidak diketahui, hari ini, pihak OnePlus telah memberikan tarikh pasti untuk kemaskini sistem operasi bagi pengguna peranti OnePlus One.
http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/01/oxygenos.jpg
Melalui pengumuman yang dilakukan oleh pihak OnePlus pada forum mereka, OnePlus mengatakan semua pengguna OnePlus One akan menerima kemaskini OTA untuk CM12s pada atau sebelum 30 Mac kelak.
Disamping itu, OnePlus turut akan menawarkan ROM Android Lollipop yang dibangunkan mereka sendiri, dinamakan OxygenOS pada atau sebelum 27 Mac kelak. ROM ini perlu dipasang sendiri oleh pengguna, dan bukannya hadir dalam bentuk OTA kepada para pengguna peranti berkenaan.
Bagi para pengguna peranti OnePlus One, mungkin anda boleh tandakan kalendar anda, dan bersedia untuk memuat-turun kemaskininya sebaik sahaja ia ditawarkan kelak.
                                                                                                                                                                                                Sumber Rujukan: OnePlus

kredit:www.amanz.my


Pages: [1]
View full version: OnePlus Akan Menawarkan OxygenOS Sebelum Penghujung Minggu Hadapan


ADVERTISEMENT