Nusantara77 Publish time 17-3-2015 11:36 AM

Samsung Galaxy S6 Melepasi Pengesahan Sirim Di Malaysia

Samsung telah memperkenalkan Galaxy S6 secara rasmi pada awal bulan ini di Barcelona, dan ketika itu, Samsung Malaysia telah mengumumkan yang mana peranti berkenaan akan dipasarkan di Malaysia sekitar bulan April kelak. Kita mungkin akan dapat melihat Samsung memasarkannya seperti mana yang dijanjikan, memandangkan kini ia telah pun melepasi pengesahan Sirim secara rasminya.
http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/galaxys6_01.jpg
Melalui pangkalan data Sirim, hanya Samsung Galaxy S6 sahaja yang telah melepasi pengesahan buat masa ini, sementara untuk Galaxy S6 Edge, ia masih belum menerima pengesahan rasmi lagi.
http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/samsung-galaxys6-sirim.jpg
Samsung Galaxy S6 merupakan telefon pintar terbaru daripada Samsung, membawakan rekaan yang premium dengan bingkai berasaskan logam dan bahagian belakang berasaskan kaca. Samsung turut menyertakan kemaskini perisian bersama-sama dengannya – menjadikan TouchWiz lebih ringan dan responsif berbanding sebelum-sebelum ini.
Dengan pengesahan daripada Sirim ini, kita mungkin akan dapat melihat Samsung dan beberapa syarikat telekomunikasi tempatan memasarkan telefon tersebut secara rasmi pada bulan hadapan.

kredit:www.amanz.my


Pages: [1]
View full version: Samsung Galaxy S6 Melepasi Pengesahan Sirim Di Malaysia


ADVERTISEMENT