Nusantara77 Publish time 17-3-2015 11:33 AM

BlackBerry Mengemaskini Penawaran Peranti Premium Dengan Porsche

BlackBerry Mengemaskini Penawaran Peranti Premium Dengan Porsche Design P’9983 Graphite
Bagi para peminat BlackBerry, anda mungkin sedia maklum akan mengenai tawaran terhad dan premium daripada pengeluar peranti berkenaan dibawah keluarga Porsche Design. Terkini, BlackBerry telah pun memperkenalkan satu lagi peranti baru dibawah keluarga tersebut, dinamakan sebagai Porsche Design P’9983 Graphite.
http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/bbporsche-graphite.jpg
Porsche Design P’9983 Graphite merupakan penaik-tarafan kepada peranti Porsche Design P’9983 yang telah diperkenalkan pada tahun lepas. Melalui kemaskini baru ini, BlackBerry membawakan sedikit kemaskini rekaan, dimana peranti ini dikatakan menyertakan elemen berwarna graphite-metallic, dan rekaan berasaskan kulit pada bahagian belakang.
Dari segi spesifikasi, ia menawarkan perkara lebih kurang sama, termasuk cip pemprosesan Snapdragon S4 1.5Ghz, skrin sentuh bersaiz 3.1-inci, sokongan papan kekunci QWERTY, kamera belakang 8-megapixel, dan hadir dengan ruangan storan 64GB.
Seperti penawaran peranti Porsche Design sebelum ini, BlackBerry turut menawarkan PIN BBM khusus untuk pembelinya, disamping ia turut dilengkapi dengan BlackBerry OS terkini yang turut membolehkan anda menggunakan aplikasi Android.
Peranti ini akan ditawarkan dalam bentuk terhad, dan seperti penawaran Porsche Design sebelum ini, kita mungkin dapat melihat harganya melangkaui RM6000 di pasaran kelak.

kredit: www.amanz.my


Pages: [1]
View full version: BlackBerry Mengemaskini Penawaran Peranti Premium Dengan Porsche


ADVERTISEMENT