Nusantara77 Publish time 17-3-2015 11:28 AM

Windows Repair 3.0 – Membantu Anda Menyelesaikan Beberapa Masalah Kecil

Windows Repair 3.0 – Membantu Anda Menyelesaikan Beberapa Masalah Kecil Pada Windows Dengan Mudah
Ketika menggunakan komputer, mungkin adakalanya anda menghadapi beberapa masalah kecil – terutamanya apabila memasang beberapa perisian pihak ketiga, atau selepas anda membuang sesuatu virus daripada komputer anda. Ini mungkin melibatkan pelbagai perkara, termasuk daripada kesan terhadap fail sistem, registry dan sebagainya.
Masalah kecilnya ini biasanya boleh diselesaikan dengan mudah, dan bagi memudahkan lagi tugasan tersebut, salah satu perisian yang boleh membantu anda adalah Windows Repair.
http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/windowsrepair_001.jpg
Terkini, pembangunnya telah pun memperkenalkan Windows Repair 3.0 yang hadir dengan beberapa sokongan untuk memudahkan pengguna menyemak sistem dan membaiki apa yang patut.
Menggunakan perisian ini, pengguna akan diberikan langkah demi langkah dalam membuat semakan sistem anda, dan pada masa yang sama membuat salinan pendua agar sistem anda tidak terganggu.
Kemudiannya, anda boleh membuat semakan mengenai masalah yang ingin diimbas, dan perisian ini akan mengimbas dan membaik-pulihnya semula dengan serta-merta.
http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/windowsrepair_01.jpg
Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows, mungkin anda boleh menyemak perisian percuma ini hari ini dan menggunakannya dalam membaiki beberapa masalah kecil pada sistem komputer anda.
Windows Repair 3.0 ini menyokong sistem operasi Windows XP, Windows 7, Windows 8 dan dikatakan bakal menyokong Windows 10 apabila ia dilancarkan kepada umum kelak.

kredit:www.amanz.my


Pages: [1]
View full version: Windows Repair 3.0 – Membantu Anda Menyelesaikan Beberapa Masalah Kecil


ADVERTISEMENT