Nusantara77 Publish time 17-3-2015 11:25 AM

Youtube Kini Mengubah Sistem Anotasi Video Kepada Sistem Paparan Kad

Sistem anotasi video membolehkan tuan punya video meletakkan pautan dan juga maklumat pada video yang dipaparkan. Kemampuan meletakkan anotasi video sudah diberikan oleh YouTube sejak 2008 dan ada pengguna kreatif menggunakan sistem anotasi ini untuk menghasilkan video interaktif. Sungguhpun sistem anotasi yang ada sekarang berguna, tetapi ia mempunyai kelemahan di mana anotasi yang dihasilkan tidak kelihatan apabila menonton video melalui peranti pintar.
Oleh sebab itu YouTube mengumumkan sistem anotasi lama akan diubah kepada sistem anotasi berasaskan kad seperti pada Android Lollipop. Antara fungsi kad yang diperkenalkan ialah pautan video, senarai video , pautan laman web dan pautan produk jualan. Sistem anotasi kad ini boleh dilihat pada video yang ditonton pada desktop dan juga peranti pintar. Ianya juga nampak lebih kemas berbanding anotasi berasaskan teks yang digunakan sebelum ini.
http://amanz.my/wp-content/uploads/2015/03/Youtube-Cards.jpg

                                                                                                                                                                                                Sumber Rujukan: YouTube Creators
kredit:www.amanz.my


Pages: [1]
View full version: Youtube Kini Mengubah Sistem Anotasi Video Kepada Sistem Paparan Kad


ADVERTISEMENT