Nusantara77 Publish time 16-3-2015 09:33 AM

Telefon Pintar Vaio Pertama Dilancarkan

Berkenaan apa yang didedahkan mengenai telefon pintar Vaio, syarikat itu telah memperkenalkan secara rasmi telefon pintar tersebut. Telefon pintar Vaio itu dijangka akan menjadi pesaing bagi telefon pintar Sony Xperia keluaran bekas syarikat induknya.
http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/03/Vaio-Phone-970-80-623x350.jpg
Telefon Pintar Vaio Pertama DilancarkanTelefon pintar Vaio pertama akan dipasarkan di Jepun mulai 20 Mac. Ia dilengkapi skrin 5 inci 720p di samping pemproses quad core 1.2GHz dengan 2GB RAM, ruang storan 16GB serta slot kad MicroSD yang menyokong kad sehinga 64GB ruang storan dan bateri 2,500mAh.

Pada ketebalan 7.97mm, ia menjalankan Android 5.0 dengan antaramuka Vaio tersendiri dan dilengkapi kamera utama 13MP, namun tidak dapat dipastikan kamera hadapannya. Rekabentuknya rata dengan bahagian tepi dan penjuru yang melengkung yang menurut Vaio sangat “ringkas dan bergaya”. Tetapi pada pendapat kami rekabentuknya biasa sahaja.
Tiada berita bila ia akan dilancarkan di luar Jepun, tetapi bagi mereka yang beraa di Jepun, ia tidaklah begitu murah untuk memilikinya. Pengguna boleh memilih pakej telco b-mobile yang berharga 4,000Yen (RM120++) sebulan dan menyediakan data tanpa had atau membelinya terus pada harga 51,000Yen (RM1,530++).
kredit:www.techkini.com

                               


Pages: [1]
View full version: Telefon Pintar Vaio Pertama Dilancarkan


ADVERTISEMENT