Nusantara77 Publish time 13-3-2015 12:25 AM

Microsoft Memperbaiki Masalah Sync OneDrive

Microsoft telah mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki masalah sync OneDrive yang dialami sesetengah pengguna perkhidmatan storan cloud itu.
http://techkini.com/wp-content/uploads/2014/02/onedrive-youtube-578-80.png

Microsoft Memperbaiki Masalah Sync OneDriveSedia ada, terdapat 3 enjin sync yang digunakan Microsoft untuk aplikasi klien OneDrive yang berbeza. Satu enjin digunakan untuk klien OneDrive untuk Windows 7, 8 dan Mac OS dan yang kedua digunakan untuk klien OneDrive for Business.

Naib presiden Windows, Chris Jones, menulis dan menerangkan bahawa enjin sync ketiga yang diperkenalkan untuk Windows 8.1 telah mendatangkan masalah kerana sokongannya kepada fail “placeholder” yang memberi akses kepada fail di OneDrive tetapi hanya memerlukan sebahagian kecil ruang storan cakera keras.
Beliau menambah, walaupun konsep ini berguna bagi peranti dengan kapasiti ruang storan yang rendah, ia membawa masalah kepada sesetengah aplikasi Windows 8.1 kerana ia tidak dapat mengenalpasti fail “placeholder” dan seterusnya membuka, salin atau padam fail berkenaan.

Microsoft bercadang untuk menyelesaikan masalah sync OneDrive dengan menggabungkan ketiga-tiga enjin sync tersebut dan aplikasi klien berkaitan menjadi satu entiti yang menyokong perkhidmatan konsumer dan korporatnya.Fungsi fail “placeholder” ini tidak akan didatangkan dalam versi awal Windows 10, sebaliknya akan diperkenalkan dalam satu kemaskini yang dilancarkan kemudian.

Dalam perkembangan berkaitan, Microsoft telah memperkenalkan kemaskini v4.6 aplikasi OneDrive iOS yang memperkenalkan sokongan kepada Recycle Bin dan notifikasi untuk fail dan folder. Aplikasi tersebut juga memberi sokongan kepada sambungan Document Provider yang membolehkan pengguna memilih aplikasi mana yang hendak digunakan untuk membuka fail di dalam OneDrive.

Kredit:www.techkini.com


Pages: [1]
View full version: Microsoft Memperbaiki Masalah Sync OneDrive


ADVERTISEMENT