Nusantara77 Publish time 12-3-2015 10:56 AM

Microsoft Melancarkan Lumia 640 dan 640 XL

Seperti yang dibocorkan semalam, Microsoft telah melancarkan dua buah peranti bajet pertengahan Microsoft Lumia 640 dan 640 XL dalam satu acara media sempena MWC 2015 di Barcelona. Apa yang lebih menarik ialah kedua-dua telefon pintar itu didatangkan dengan langganan Office 365 dan sotran 1TB OneDrive percuma selama setahun.
http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/03/640-Collection-490x350.jpg
Microsoft Melancarkan Lumia 640 dan 640 XLMicrosoft telah melancarkan dua buah peranti bajet sederhana, Lumia 640 dan 640 XL semalam. Lumia 640 akan menggantikan telefon pintar Lumia 630 manakala Lumia 640 XL akan menggantikan telefon pintar Lumia 1320 sekaligus mengurangkan kekeliruan dalam sistem pernomboran peranti Lumia.
Lumia 640Lumia 640 dilengkapi skrin “Clear Black Display” 5 inci 1280 x 720. Skrin ini dilindungi Gorilla Glass 3 (bukan Gorilla Glass 4) dan Microsoft juga melengkapkannya dengan antaramuka pintar Glance. Selain itu, ia dilengkapi ruang storan 8GB dan 1GB RAM. Agak kurang, tetapi biasa untuk peranti berspesifikasi seumpama dengannya. Disebabkan ia peranti berspesifikasi rendah, ia dilengkapkan dengan pemproses quad core Snapdragon 400 1.2GHz.
Namun apa yang paling menakjubkan tentang telefon pintar ini ialah kamera utama 8MP yang dilengkapkan padanya, lengkap dengan flash LED. Kamera hadapannya pula merupakan sebuah kamera 1MP dengan lensa sudut lebar. Microsoft juga menyertakan aplikasi kamera Lumia yang membolehkan flash disuaikan mengikut keadaan.

Lumia 640 XLJika Lumia 1320 dilengkapi skrin 6 inci, kini Microsoft mengecilkan sedikit skrin penggantinya, Lumia 640 XL kepada skrin 5.7 inci dengan resolusi 1280 x 720. Kebanyakan spesifikasi dalamannya sama dengan Lumia 640, namun kamera utamanya dipertingkatkan kepada 13MP dengan flash LED dan optik Carl Zeiss. Kamera hadapannya juga dipertingkatkan kepada kamera 5MP dengan lensa sudut luas.
Harga dan Tarikh JualanMicrosoft merancang untuk memasarkan Lumia 640 bermula April dalam varian 3G dan 4G. Varian 3G dijual pada harga 139 Euro (RM567), manakala verian 4G dijual pada harga 159 Euro (RM649).
Model Lumia 640 XL pula akan mula dipasarkan bulan ini pada harga 189 Euro (RM770) untuk varian 3G manakala varian 4G dijual pada harga 219 Euro (RM892). Kedua-dua model ini didatangkan juga dalam varian dwi SIM untuk 3G serta dwi SIM dan SIM tunggal untuk varian 4G.
Kedua-dua model juga didatangkan dalam warna cyan, jingga, hitam, dan putih. Model Lumia 640 mempunyai casing glossy (kecuali hitam yang tidak glossy) yang boleh ditukar manakala semua casing Lumia 640 XL tidak glossy kecuali yang berwarna putih.
Belum dapat dipastikan bila ia akan dilancarkan di Malaysia, namun diharap ia dilancarkan pada masa yang sama dengan Eropah kerana keduanya nampak seperti telefon pintar bajet yang menarik.
                                http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/03/Lumia_640.0-150x107.jpg                                                        http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/03/Lumia_640_front.0-150x107.jpg                                                        http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/03/Lumia_640XL_White.0-150x107.jpg                                                        http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/03/640-Collection-150x107.jpg                                       
                                kredit:www.techkini.com
Pages: [1]
View full version: Microsoft Melancarkan Lumia 640 dan 640 XL


ADVERTISEMENT