Nusantara77 Publish time 12-3-2015 10:47 AM

Chromebook Pixel Baharu Mahu Mencabar Macbook

Jika awal minggu ini kita mendengar tentang mengenai Macbook yang hanya dilengkapi port USB-C, kini Chromebook Pixel dilancarkan untuk mencabarnya dengan turut dilengkapi port USB-C (2 port) terbaharu.http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/03/New-Chromebook-Pixel-1-970-80-623x350.jpg
Chromebook Pixel Baharu Mahu Mencabar MacbookGoogle telah mengemaskini ultrabook Chromebook Pixel keluarannya secara senyap-senyap di Google Web Store. Berharga USD999, Chromebook ini akan dilancarkan pada minggu yang sama Apple akan melancarkan MacBooknya dan kedua peranti itu menyokong port USB-C.
Dengan kemasan logam yang dimesin dan kualiti buatan yang tinggi, rekabentuk Chromebook ini tidak banyak berbeza dengan sebelumnya. Bezanya dengan model tahun lepas ialah ia dilengkapi dua port USB-C, satu di setiap sisinya. Ini satu kelebihan besar berbanding Macbook yang hanya mempunyai satu port USB-C. Bermakna pada masa yang sama, pengguna boleh menggunakan satu port untuk mengecas bateri dan satu lagi untuk peranti storan atau projector.
http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/03/new-Chromebook-Pixel-2-650-80-622x350.jpg

Menurut Google, Chromebook mewahnya itu mempunyai jangkahayat bateri selama 12 jam iaitu dua jam lebih dari jangkahayat bateri Macbook (10 jam). Lebih menarik lagi, ia mempunyai keupayaan pengecasan pantas di mana ia boleh menyimpan tenaga bateri cukup untuk dua jam dengan hanya 15 minit pengecasan.
Chromebook ini dikuasakan oleh pemproses Intel Broadwell Core i5. Di samping dua port USB-C, ia turut dilengkapi port USB biasa, memudahkan penyambungan peranti sedia ada tanpa perlu pembelian penyuai. Ia juga dilengkapi slot kad SD dan jek fon telinga 3.5mm.
Ia mempunyai berat 1.5kgdan ketebalan 1.52cm. Skrin 12.9 incinya pula mempunyai resolusi 2,560 X 1,700 pixel dengan kecerahan 400 nits. LED pelbagai warna di bahagian penutupnya kini mengukur jumlah tenaga bateri yang tinggal dan pengguna cuma perlu mengetik dua kali padanya untuk memaparkan meter bateri teresebut.
Chromebook Pixel didatangkan dengan 8GB RAM dan 32GB SSD. Terdapat juga model yang lebih pantas diengkapi Core i7 dengan 64GB SSD pada harga USD1299.
Chromebook Pixel VS MacbookWalaupun di atas kertas, Chromebook Pixel jauh lebih hebat dari Macbook (kecuali ruang storannya), semuanya bergantung kepada OS yang digunapakai. Jelas sekali Mac OS X merupakan OS yang lebih baik berbanding Chrome OS yang baru berjinak-jinak dengan aplikasi natif. Dengan kata lain, anda boleh melakukan lebih banyak kerja pada Macbook berbanding Chrombook ini. Sukar untuk memikirkan siapa yang akan menggunakan Chromebook Pixel yang mempunyai harga dan spesifikasi premium, namun hanya dilengkapi fungsi yang terhad.

kredit:www.techkini.com

                              
Pages: [1]
View full version: Chromebook Pixel Baharu Mahu Mencabar Macbook


ADVERTISEMENT