Nusantara77 Publish time 12-3-2015 10:42 AM

LG pamer teknologi terkini kereta pintar

http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/Concept_car_Gea_at_Geneva_Motor_Show-640x291.jpg

LG pamer teknologi terkini kereta pintarSempena Pameran Permotoran Geneva ke-85 yang sedang hangat berlangsung, LG Electronics (LG) turut tidak ketinggalan untuk mempamerkan pelbagai produk automotif keluarannya dengan kolaborasi bersama studio reka bentuk, Italdesign Giugiaro.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Komponen Kenderaan LG Elektronics, Woo-jong Lee, “Saya percaya kolaborasi ini amat bermakna untuk LG. Kerjasama yang terjalin dengan studio reka bentuk, Italdesign Giugiaro pastinya dapat membantu LG untuk lebih memahami mengenai kereta pintar.”
Melalui kerjasama itu, LG menyumbangkan beberapa produk dan teknologi untuk kereta konsep Gea seperti skrin paparan 12.3 inci HD IPS dengan instrumen kawalan yang dipasang dibahagian tengah dan di sebelah penumpang hadapan. Selain itu, skrin paparan 6 icni HD Plastic OLED (P-OLED) turut diletakkan di bahagian konsol tengah dan belakang.
http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/LG_Watch_Urbane_LTE_1-465x640.jpg http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/LG_Watch_Urbane_LTE_21-526x640.jpg
LG bersama syarikat teknologi Surface Illumination (SI) LED turut menghasilkan lampu belaknag bersama tiga kamera belakang menggantikan cermin konvensional yang hanya boleh dilihat apabila digunakan.
Kereta konsep Gea ini turut disertakan dengan jam pintar keluaran LG iaitu LG Watch Urbane LTE yang baru diperkenalkan pada Mobile World Congress (MWC) 2015 yang berlangsung di Barcelona. Jam pintar ini dapat memberikan maklumat mengenai kereta dan boleh digunakan untuk membuka dan menutup pintu kereta.
Sumber asal : Motorme
kredit:www.arenakereta.com



Pages: [1]
View full version: LG pamer teknologi terkini kereta pintar


ADVERTISEMENT