eragon
Publish time 13-3-2015 03:56 PM
black sengau mana....
yatt_takez
Publish time 14-3-2015 02:22 PM
jihan jadik jojie uols :lol:
Jihan tak cepat melatah
Nama pelakon dan pelawak popular Jihan Muse tidak perlu diperkenalkan lagi dalam bidang hiburan tanah air.
Selepas mengungguli trofi Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013, Jihan, 32, nampaknya tidak menang tangan memenuhi undangan berlakon mahupun mengacara daripada pelbagai pihak.
Bermula dari program Rezeki Memikat Suami (Astro Ria), dia diberi kepercayaan mengendalikan program Akademi Fantasia 2014 dan Gegar Vaganza.
Terbaru, bintang yang dicungkil dari program Raja Lawak musim ketiga ini bakal muncul dalam program realiti 13 episod masakan selebriti, Aku Yang Masak Kau Yang Panas juga untuk saluran Astro Ria dan program Travelogue Jejak Jepun juga terbitan Astro.
Sudah namanya selebriti terkenal, Jihan yang turut tercalon dalam kategori sama pada ABPBH 2014 nampaknya tidak terlepas dihimpit gosip mahupun kontroversi yang juga lumrah dalam dunia hiburan.
Terbaru, Jihan didakwa sudah mula ‘demand’ dari segi bayaran membabitkan projek lakonan mahupun pengacaraan, sejak kebelakangan ini.
Lebih teruk lagi, Jihan juga dikatakan sudah mula berlagak diva dan tidak mahu berlakon di tengah panas sehingga menyusahkan pengarah dan kru produksi sebuah drama baru-baru ini.
Enggan cepat melatah sebaliknya pemilik nama sebenar, Nuur Jihan Musa ini tetap tenang menepis segala gosip yang dikaitkan dengannya sejak kebelakangan ini.
“Sudah bermacam ujian dilalui dalam karier seni sebelum berada pada tahap sekarang. Semuanya hasil kerja keras selama ini.
“Justeru, tidak timbul soal ‘demand’ kerana bayaran yang ditetapkan pengurusan juga setimpal dengan hasil kerja dilakukan. Ia juga munasabah dan tidak melampau pun,” katanya.
Mengulas dakwaan dirinya berlagak diva dan tidak boleh berlakon di bawah terik matahari, Jihan mengganggap tuduhan itu tidak berasas sama sekali.
“Siapa kata saya tak boleh berlakon di bawah panas terik matahari? Sebagai pelakon, apa saja watak diserahkan perlu dilakonkan sebaik mungkin. Terbaru, saya baru selesai penggambaran drama Orang Gajiku Pontianak. Malah, saya bawa dua watak sekali gus dalam cerita ini.
“Bukan setakat penggambaran di tengah panas dan di bawah longkang, saya juga berada di lokasi penggambaran dari jam 8 pagi hingga penggambaran berakhir pada 8 pagi keesokannya,” katanya.
Tertarik dengan Rock Bro!
Sebagai peminat filem Rock Oo, Jihan menganggap tawaran belakon dalam filem arahan Mamat Khalid iaitu Rock Bro! bagaikan pucuk dicita ulam mendatang buatnya.
Apatah lagi, filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd dan Enjit Semut Sdn Bhd ini menampilkan barisan pelakon berkaliber seperti Khir Rahman, Hasnul Rahmat, Pekin Ibrahim, Sofi Jikan, Azmi Black, Amirul Affendi dan Jep Sepahtu.
Rock Bro! adalah siri ketiga dari filem Rock! di mana kali ini kita mengikuti kisah mereka dari zaman kumpulan rock Rimba Bara yang sudah menjadi popular.
Jihan pula diberi kepercayaan membawa watak Jojie yang juga kakak kepada Ratu Rock Ella dalam filem ini. Manakala, watak Ella pula dilakonkan penyanyi muda Kaka Azraff.
“Secara peribadi, saya memang meminati karya abang Mamat dan sangat teruja untuk berlakon dalam filem ini. Saya juga seronok kerana dapat bergandingan dengan Kaka yang juga anak saudara Jojie sendiri.
“Sebagai persediaan, saya akan bertemu dengan Jojie sendiri untuk mendapat gambaran sebenar mengenai dirinya. Apapun, saya akan berusaha memberikan yang terbaik pada watak Jojie seperti dikehendaki wataknya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 11:47 AM
http://assets.hmetro.com.my/images/articles/JIHAN01.transformed_0.jpg
link : http://www.hmetro.com.my/node/36652
Suchi
Publish time 19-3-2015 06:47 PM
so jep sepahtu tu lah ahli baru kump dorang yee
hurmmmmm.. suke ngn ahli lama je
minyak
Publish time 20-3-2015 12:25 PM
owh...menarik plotnya...diselitkan watak ahkak ella...anyway muka jihan dgn kaka mcm adik beradik pon :D
yatt_takez
Publish time 20-3-2015 12:52 PM
https://igcdn-photos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfa1/t51.2885-19/10890884_1530602303873280_1563760001_a.jpgpekin7wordsOn set .. Slash & Jijo .. ROCK 3 (rock bro) #rimbabarakembali #kembalikepangkaljalan 12h
http://scontent.cdninstagram.com/hphotos-xaf1/t51.2885-15/e15/11055535_816584328412832_933418151_n.jpg
yatt_takez
Publish time 20-3-2015 12:53 PM
https://igcdn-photos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfa1/t51.2885-19/10890884_1530602303873280_1563760001_a.jpgpekin7wordsAlhamdulilah day 1 done .. ROCK 3 (rock bro) in progress .. #rimbabarakembali #kembalikepangkaljalan / esok Kita goreng LAGI. Best ! #supportfilemtempatan 8h
http://scontent.cdninstagram.com/hphotos-xfa1/t51.2885-15/e15/11055473_1569061793365194_1070594930_n.jpg
rilekbro
Publish time 21-3-2015 08:31 AM
Edited by rilekbro at 21-3-2015 08:33 AM
Wa org Perak..skrg wa
nak tanye filem ni shoot kat mne?..
iscol_klang
Publish time 25-3-2015 08:42 AM
antara lokasi shooting ialah kampung air kuning, taiping
supernaturalee
Publish time 25-3-2015 12:43 PM
iscol_klang replied at 25-3-2015 08:42 AM
antara lokasi shooting ialah kampung air kuning, taiping
air mineral kaktus ambik kt sini kan
yatt_takez
Publish time 26-3-2015 12:55 PM
Rock Bro francais terakhir filem Rock
Oleh MOHD. IZUAN ROSELI
[email protected]
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2015/0326/Kosmo/Hiburan/hi_03.1.jpg
Rock Bro akan memulakan penggambarannya dalam waktu terdekat dan dijangka memasuki pawagam pada tahun 2016.
Filem Rock boleh dianggap sebagai naskhah paling sukses hasil sentuhan pengarah yang terkenal dengan keunikannya, Mamat Khalid. Memasuki sekuel ketiga berjudul Rock Bro, Mamat memberitahu, naskhah itu merupakan francais terakhir bagi filem fenomena tersebut.
“Sejak pertama kali francais ini ditayangkan pada tahun 2005 melalui judul yang dikenali sebagai Rock, ia lebih menceritakan mengenai permulaan kisah sebuah kumpulan muzik dalam mengejar cita-cita menjadi sebuah kumpulan rock ternama di Malaysia.
“Selepas itu, sekuel kedua iaitu Rock Ooo pula menceritakan mengenai zaman transisi dan kejayaan sebagai kumpulan rock dalam meneruskan survival perjuangan rock mereka sewaktu itu.
“Bagaimanapun, menerusi francais terakhir filem tersebut yang dikenali sebagai Rock Bro, filem ini menyaksikan zaman kejatuhan irama rock dalam menghadapi pelbagai kesukaran dengan kemasukan genre baharu lain dalam industri muzik Malaysia. Jadi secara keseluruhan, filem Rock Bro akan menjadi filem penutup bagi francais filem Rock ini,” kata Mamat ketika ditemui pada sesi pelancaran penggambaran filem Rock Bro di pejabat Grand Brilliance, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Menyambung bicara, Mamat memberitahu, filem Rock Bro akan mengalami beberapa pengguguran watak. Pada masa sama, terdapat perkembangan watak baharu di dalam filem tersebut yang akan menjalani penggambaran di sekitar negeri Perak itu.
“Terdapat beberapa perubahan besar melalui filem ini. Selain daripada jalan cerita, Rock Bro bakal menampilkan beberapa watak baharu seperti Kaka Azraf yang memegang sebagai Ella dan Jihan Muse sebagai Jojie.
“Kami juga menggugurkan beberapa watak utama yang sebelum ini mengalas peranan besar di dalam sekuel filem Rock sebelum ini iaitu Amy Mat Piah (Que Haidar) tanpa menjejaskan jalan penceritaan secara keseluruhan.
“Pada masa yang sama juga, saya berharap naskhah ini mampu mengubat rindu para peminat filem ini yang tentunya sebelum ini ternanti-nanti francais terbaharu filem Rock,” ujarnya.
Cabaran Pekin
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2015/0326/Kosmo/Hiburan/hi_03.2.jpg
Pengarah Mamat Khalid (tengah) bersama pelakon Rock Bro, Pekin Ibrahim dan Jihan Muse.
Sementara itu, Pekin yang memegang watak Slash memberitahu, perkembangan watak yang dipegangnya melalui filem terbaharu itu lebih mencabar berbanding galuran watak Slash yang dipegangnya melalui sekuel filem sebelum ini iaitu Rock Ooo.
Ujarnya, berbanding watak Slash sebelum ini, watak dan dialog yang dibawa pada kali ini lebih ringkas dan bersahaja.
“Bagaimanapun, kali ini Slash lebih banyak memainkan peranan dalam babak filem tersebut. Jadi, ia menjadi cabaran untuk saya dalam meneruskan momentum bersama watak Jijoe (Khir Rahman) sebelum ini,” katanya.
Meneruskan perbualan, Pekin melahirkan rasa teruja apabila dapat mengambil tempatnya semula memainkan watak Slash yang tentunya dikenali sebagai seorang gitaris terkenal dunia.
“Saya sangat meminati Slash, dia merupakan seorang gitaris yang sangat terkenal dan berkarisma. Sejak awal kemunculan Slash melalui sekuel filem Rock Ooo, saya sendiri yang membina watak tersebut.
“Semua aksesori dan kelengkapan Slash disediakan oleh saya sendiri. Saya mahu peminat mengingati Slash sekali gus menjadikan watak ini sebagai ikon yang diingati apabila bercerita mengenai francais filem ini,” ujarnya.
Filem Rock Bro secara ringkasnya mengisahkan tentang zaman kejatuhan era rock negara. Kemasukan aliran muzik baharu seperti rap dan hip hop pada awal 90-an sedikit sebanyak memberi impak kepada irama rock.
Disebabkan situasi tersebut, kumpulan rock Rimba Bara yang sudah lama tidak membuat persembahan terpaksa menyara hidup dengan membuat kerja-kerja sambilan di samping melakukan persembahan di tapak ekspo tani dan mendapat bayaran dalam bentuk sayur-sayuran.
Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan, Rimba Bara gigih meneruskan perjuangan dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik.
Pada masa yang sama, Rimba Bara semakin menuju kehancuran apabila watak Jijoe telah jatuh cinta pandang pertama dengan ratu rock Ella (Kaka Azraf) semasa terserempak di studio rakaman King’s Studio.
Disebabkan perasaan cinta yang terlalu mendalam terhadap Ella, Jijoe telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan Rimba Bara dan menjadi seorang kontraktor kelas F.
Berikutan daripada hal tersebut, Rimba Bara mulai goyah dan terjadi pelbagai konflik di antara setiap ahli anggota kumpulan di zaman kejatuhan muzik rock di Malaysia sewaktu itu.
link : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm
yatt_takez
Publish time 26-3-2015 01:01 PM
'Rock Bro!' Kisah 'Rock' Terakhir Mamat Khalid 19 March 2015, 08:00am
http://tvn-assets.mediaprima.com.my.s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/tvportal/wp-content/uploads/2015/03/mamat-khalid-4-e1426713988457.jpg
Wartawan: Li Ee Kee
Jurugambar: Farid Mad NohSejarah yang mula dicipta pada tahun 2005 bakal merekodkan entri terakhirnya di dalam buku sejarah perfileman tempatan, hampir sedekad selepas ia berjaya memenangi hati pengunjung wayang tempatan. Ketika itu, tidak kurang yang skeptikal dengan konsep yang diketengahkan pengarah bervisi, Mamat Khalid yang juga pengarang filem berkenaan – sebuah komedi muzikal yang cuba merakam sedikit sebanyak sejarah warna-warni muzik dan budaya rock tanahair. Namun karya itu berjaya mengatasi para pengkritiknya sehingga sebuah sekuel, ‘Rock Ooo’ dihasilkan pada tahun 2013.Idea asal Mamat untuk riwayat kumpulan fiksyen Rimba Bara sejak awali adalah untuk mengabadikannya sebagai sebuah trilogi. Enggan menunggu terlampau lama untuk memberi penutup kata kepada kisah Jijoe, Zack, Slash dan Zul Kapan, kerja-kerja penggambaran sudahpun dimulakan semalam untuk ‘Rock Bro!’ dan dijangka berlanjutan sehingga bulan depan. Lokasi penggambaran mengambil latar Ipoh dan Taiping, Perak selain Kuala Lumpur. Dari segi pemainnya, Mamat berjaya mengumpul line-up asal kecuali Que Haidar yang membawa watak Amy Mat Piah.http://tvn-assets.mediaprima.com.my.s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/tvportal/wp-content/uploads/2015/03/rock-1.jpg‘Rock Bro!’ bakal menyaksikan gabungan orang lama dan baru
Sumber gambar: Grand Brilliance / Instagram“Que tidak ada sebab dia mempunyai komitmen lain tetapi kali ini, kita dapat pula Hasnul Rahmat. Ketika ‘Rock Ooo’ dulu, ramai yang mengeluh bila Hasnul tak ada. Ini adalah kisah ‘Rock’ yang terakhir daripada abang. Ramai lagi pembikin lain yang ingin sambung hal-hal rock kapak dengan jenama ‘Rock’ ini tetapi untuk abang, ini adalah penutupnya.‘Rock Ooo’ mendapat sambutan sebab ramai merasakan apa yang ditonjolkan itu keadaan sebenar pada waktu itu dan topik itu relevan kepada rakyat Malaysia,” kata Mamat yang turut memberitahu beberapa watak baru akan diperkenalkan seperti Ella dan Jojie.http://tvn-assets.mediaprima.com.my.s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/tvportal/wp-content/uploads/2015/03/mamat-1.jpgMamat memberitahu ‘Rock Bro!’ adalah filem ‘Rock’ terakhirnya
Sumber gambar: Pekin Ibrahim / Instagram“Watak mereka akan dihidupkan oleh Jihan (Muse) dan Kaka (Azraff). Saya memilih mereka berdua kerana mereka sememangnya memiliki characteristic keanak-anakkan. Jep Sepahtu pula membawa karektor Cik Not, adik kepada Cik Man (lakonan Kamarool Hj Yusoff).‘Rock’ ada pengikut setianya dan kali ini kita cuba untuk menarik minat penonton muda dengan harapan dapat memperkenalkan mereka kepada sejarah perkembangan rock tempatan. Memandangkan ini adalah penutupnya, saya perlu memastikan ia dua kali ganda lebih hebat dari sebelumnya. Yang pasti, cabaran buat diri saya adalah untuk menghasilkan sebuah naskah sebagus ‘Rock Ooo’ yang berjaya mendapat pencalonan dalam kategori Lakon Layar Terbaik di Anugerah Skrin 2013.”http://tvn-assets.mediaprima.com.my.s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/tvportal/wp-content/uploads/2015/02/werewolf-11.jpgDengan ‘Rock Bro!’, Mamat mensasarkan penonton muda“Untuk Peminat”
Bila diajukan persoalan mengapa dilanjutkan francais filem ‘Rock’ untuk karya ketiga, Penerbit Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin mempunyai jawapannya tersendiri.“Filem ‘Rock’ amat dekat dengan peminat dan diri saya sendiri. Ia mengangkat sebuah kisah universal tentang persahabatan dan perjuangan, dan ‘Rock’ mempunyai pengikutnya sendiri. Kita perlu menamatkan cerita ini bagi mereka,” katanya yang sempat memberitahu kos keseluruhan ‘Rock Bro!’ termasuk promosi dianggarkan menelan belanja sebanyak RM1.8 juta.
http://tvn-assets.mediaprima.com.my.s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/tvportal/wp-content/uploads/2015/03/iesta.jpg‘Rock Bro!’ dihasilkan khas buat peminat
Sumber gambar: Pekin Ibrahim / InstagramSinopsis
‘Rock Bro!’ diceritakan melalui naratif Jijoe (Khir Rahman), di mana pada zaman ini era rock telah berada di kemuncaknya dan seakan menanti fasa kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik rap dan hip hop pada awal 90-an.Kumpulan Rimba Bara sudah lama tidak membuat persembahan menyara hidup sebaliknya lebih memberi fokus pada kerja-kerja sambilan selain mengambil tawaran gig di tapak ekspo tani, yang mana bayaran diterima dalam bentuk buah-buahan dan sayur-sayuran dari penganjur. Inilah liku-liku hidup seorang rocker yang memperjuangkan muzik rock. Kadangkala ada yang kecundang di tengah jalan, apabila Zul Kapan (Soffi Jikan) mula beralih arah dan menyertai kumpulan rap, 4URU.
Rimba Bara gigih meneruskan perjuangan mereka dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Pada masa yang sama, Jijoe telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella semasa terserempak di studio rakaman King’s Studio. Jijoe terlalu sayang Ella sehingga sanggup meninggalkan kehidupan rocker-nya untuk menjadi seorang kontraktor kelas F sebagai bukti yang dia benar-benar sayangkan Ella dan mahukan hidup yang lebih terjamin. Ini membuatkan Rimba Bara mula goyah dan terjadilah konflik antara mereka.
Apa kesudahan kisah cinta Ella dan Jijoe? Dan ke mana arah Rimba Bara selepas ini?
link : http://extra.tonton.com.my/entertainment/rock-bro-kisah-rock-terakhir-mamat-khalid/
yatt_takez
Publish time 26-3-2015 01:05 PM
zul kapan jadik mat rap lak. 4URU :lol:
alesandra
Publish time 26-3-2015 10:18 PM
woiiittt takde amy matpiah pulak.ini betul2 mendatangkan marah:huffy zack takde pun boleh tahan lagi....
Rajawali
Publish time 27-3-2015 10:11 AM
aku masih teringat Rock 2005 dulu..krew depa mai rumahnak pinjam baju posmen adik aku untuk watak Zack tu le..dapat la RM250 adik aku tu..pastu jadi ekstra masa konsert Battle of the Band di dewan Cinatu..apa lagi siap kuar balik baju2 zaman rock kapak tu..yang bestnya rambut palsu semua dorang sediakan..kami cuma perlu terlonjak2 masa group rimba bara ni perform...best tul masa tu bila tengok kat wayang..
lil_honey
Publish time 27-3-2015 10:14 AM
comel gile black :lol:
rilekbro
Publish time 27-3-2015 08:31 PM
Zul jadi mat rap?? Lg ak xleh terime..harap skrip tu bleh ubah..Zul lah antara watak kuat..somebody do something..
parasitology
Publish time 28-3-2015 10:02 AM
rilekbro replied at 27-3-2015 08:31 PM
Zul jadi mat rap?? Lg ak xleh terime..harap skrip tu bleh ubah..Zul lah antara watak kuat..somebody...
ok la tu... zul tu kan lalang...pembelot lagi
betray malaikat maut...rimba bara pon kena betray
dah zaman hiphop naik, apa lagi join rap la plak
mamat ni jenis semua nak sapu...janji kekal releven gituh
memang konsisten la watak dia...pandai abang mamat ni tulis
gerbera.memopad
Publish time 29-3-2015 11:59 AM
Ok set, must watch in 2016 :loveliness:
Comel Black :$
alphawolf
Publish time 29-3-2015 12:19 PM
Betul tu tunjukkan yang Zul Kapan ni lalang.....dari Rock mula2 lagi...
yatt_takez
Publish time 29-3-2015 12:38 PM
https://igcdn-photos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/t51.2885-19/10004165_321322148073491_1329575567_a.jpgsharwani.ns#rimbabara #RockBro 3d
https://scontent.cdninstagram.com/hphotos-xfa1/t51.2885-15/e15/10723930_1558122054457918_1325032477_n.jpg