Nusantara77 Publish time 11-3-2015 12:25 AM

Acer TravelMate B115 Laptop Mampu Milik

Tak kira jika anda seorang pelajar atau tenaga pengajar, perkara paling penting ialah keserasian penggunaan perisian produktiviti dan laptop Windows merupakan peranti utama yang memenuhi keperluan itu. Acer TravelMate B115 merupakan sebuah laptop dengan touchscreen yang mempunyai harga mampu milik.
http://techkini.com/wp-content/uploads/2014/11/travelmate_b115_acer-578-80.jpg
Acer TravelMate B115 Laptop Mampu MilikAcer telah melancarkan sebuah laptop touchscreen yang mampu milik yang digelar Acer TravelMate B115. Laptop yang menekankan ciri mudah alih ini mempunyai ketebalan di bawah 1 inci dan berat di bawah 1.4kg menjadikannya sesuai untuk mereka yang selalu bergerak seperti pelajar dan tenaga pengajar.

Laptop ini dilengkapi touchscreen 10 poin 11.6-inci dengan resolus 1366 x 768, sesuai untuk penggunaan antaramuka Windows 8 dan skrin “ComfyView” yang memudahkan penglihatan skrin di kawasan luar bangunan.
Acer mengatakan laptop ini mempunyai jangkahayat bateri selama 10 jam dan dilengkapi pemproses Intel Celeron N2940, 4GB RAM (boleh ditambah kepada 8GB) dan ruang storan cakera keras 500GB.
laptop ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan dan pengurusan yang sesuai digunakan oleh pengurus IT dan tenaga pengajar.
Paling menarik adalah harganya yang ditetapkan pada USD380 (RM1280). Malangnya ia hanya dijual di US dan Kanada. Mungkin pengguna Malaysia boleh menimbang Acer Aspire 10 Switch atau Aspire E yang mempunyai spesifikasi yang agak sama.

kredit:www.techkini.com

                               
Pages: [1]
View full version: Acer TravelMate B115 Laptop Mampu Milik


ADVERTISEMENT